Takrif Tamadun
Ramai ilmuan berpendapat bahawa perkataan ‘al- hadarah’ tamadun dibentuk daripada perkataan ‘al- hadar’ (pekan/ Bandar), manakala perkataan ‘al- madaniyyah’ dibentuk daripada perkataan ‘al- madun’.
Saya pula mempunyai pandangan yang berbeza. Bagi saya,’ al- hadarah’ merupakan satu perkataan yang merujuk kepada hasil kawasan al- hadar, iaitu kesemua yang dihasilkn di kawasan penempatan besar dan kecil, samada ia hasil seni, budaya, industri, pertukangan dan pendekatan- pendekatan yang canggih dalam setiap bidang kehidupan, mahupun hasil intelektual dan peningkatan peradaban dalam interaksi sesama manusia.
‘Al- Madaniyyah’ pula, bila dilihat dari sudut kaitannya dengan ‘al- mudun’ , memberi maksud kesemua apa yang dihasilkan di kawasan Bandar, yang merangkumi hasil intelektual dan hasil perindustrian yang bersifat material. Dalam konteks ini, nilai- nilai, adat resam, hasil pemikiran tinggi, seni dan budaya adalh merupakan sebahagian daripada hasil intelaktual manakala teknologi, kelengkapan elektronik, hasil industri kecil, sederhana dan berat adalah sebahagian hasil perindustrian yang bersifat material.
Dalam aspek ini, tidaklah ada perbezaan antara al- hadarah dan al- madaniyyah. Namun, sesetengah ilmuan berpendapat bahawa terdapat pebezaan utama antara kedua- dua istilah itu. Mengikut golongan ini, al- hadarah adalah himpunan pelbagai nilai dan produk yang canggih di samping cara- cara interaksi sesama manusia dengan cara yang menunjukkan peradaban yang tinggi. Dengan ini, jika ada industri- industri dan rekaan- rekaan yang digunakan dalam cara yang tidak menampakkan keperimanusiaan, maka ia dikira sebagai senahagian daripada al- madaniyyah, bukan al- hadarah. Daripada perspektif ini jika sesebuah negara itu disifatkan sebagai bertamadun (mempunyai al- hadarah), maka produk- produk ciptaan dan penghasilannya mestilah menampakkan ciri- ciri kemanusiaan, iaitu ia membawa faedah kepada masyarakat manusia secara umumnya. Kerana itulah, suatu yang perlu dititikberatkan ialah penghasilan insan yang bertamadun itu, iaitu insan yang hiasi dengan pelbagai nilai- nilai akhlak yang mempunyai ciri- ciri kemanusiaan komprehensif dari sudut pandangan terhadap alam semesta, manusia dan kehidupan.
Menyentuh mengenai pembentukan tamadun pula, ia sebenarnya tebentuk daripada pertemuan dan tindak balas antara usaha manusia dan sumber asli alam semula jadi. Keinginan dan idea manusialah yang menangani sumber tersebut atas keperluan- keperluan tertentu yang mendesak untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberi faedah kepadanya.
Sebenarnya semua yang wujud di alam sekeliling manusia boleh bertukar menjadi unsur ketamadunan apabila ada keinginan dan percubaan untuk menyelidik dan mencipta sesuatu melalui usha yang inovatif dengan menggunakan alam semulajadi. Ia bertujuan memberi manafaat kepada manusia ke arah mencapai tahap kehidupan yang lebih baik adalah dinamakan ‘tamadun insan’. Apabila usaha- usaha ini dilihat dalam sempadan daerah tertentu, maka ia akan disifatkan mengikut nama daerah seperti ‘tamadun Malaysia’, ‘tamadun India’, ’tamadun Eropah’ dan ‘tamadun Islam’. Jadi ‘tamadun Islam’ adalah tamadun yang wujud di daerah- daerah Islam tersebar secara meluas, samada penduduk- penduduk yang menghasilkan tamadun itu adalah orang Islam atau sebaliknya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, alam sekeliling ini sering memberikan cabaran kepada manusia dan cabaran- cabaran inilah yang mendorong manusia untuk mencipta sesuatu. Contohnya, kemarau adalah satu cabaran hidup yang telah mendorong manusia untuk mencipta empangan. Pertambahan penduduk adalah satu cabaran yang telah mendorong manusia untuk menjadikan tanah yang kering kontang sebagai kawasan pertanian mewujudkan sistem saliran air. Begitu juga dengan produk intelektual yang berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah.
Sehubungan dengan itu, keadaan yang dialami oleh dunia Islam sekarang dengan cabaran- cabarannya yang begitu banyak terhadap umat Islam telah mendorong kerajaan Malaysia untuk mengadakan satu forum. Di sini pata ilmuan berbincang mengenai masalah yang dihadapi supaya kota dapat menangani secara bijak ancaman- ancaman yang berada di hadapan kita.
Bercakap mengenai pendekatan ketamadunan al- Quran dan al- Sunnah, kita perlulah ingat bahawa al- Quran bukanlah kitab mengenai pembentukan tamadun, Al- Quran juga bukanlah kitab sains. Al- Quran adalah kitab yang menjelaskan sebuah agama yang disampaikan kepada nabi Muhammad s.a.w., walaupun ada dalamnya garapan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan sains atau masalah ilmiah.
Al- Quran menekankan unsur- unsur perbentukan tamadun dan perkara pertama yang dititikberatkannya adalah manusia itu sendiri. Mengenai manusia ini, prinsip asas yang ditekankan oleh al- Quran adalah status manusia berdasarkan asalnya iaitu semua manusia adalah daripada asal yang satu.
Asal Manusia Adalah Satu
Oleh kerana manusia berbeza antara satu sama yang lain dan bangsa juga berbeza antara satu sama lain, sudah semestinya tamadun juga berbeza- beza. Namun, manusia secara keseluruhannya adalah daripada asal yang satu. Inilah yang dijelaskan di dalam ayat al- Quran bermaksud : “ Wahai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Allah yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu…” (Surah an- Nisa’ 4:1)
Pendekatan al- Quran dalam soal kesatuan insan berkisar kepada hakikat bahawa Allah S.W.T menjadikan pelbagai kaum dan kabilah untuk mereka saling kenal mengenal. Ini jelas dinyatakan dalam ayat al- Quran bermaksud : “Wahai manusia, Kami telah menjadikan kamu lelaki dan perempuan, dan kami telah jadikan kamu dalam kelompok- kelompok bangsa dan kabilah supaya kamu kenal mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah itu adalah orang yang paling bertakwa.” (Surah al- Hujurat 49:13)
Dalam hadis lain pula disebut “Manusia semua sama seperti gigi sikat. Tidak ada kelebihan pada orang Arab ke atas orang bukan Arab melalui sifat takwa.”
Takwa yang disebut ini tafsirannya tidak lain daripada usaha yang konsisten dalam meningkatkan pembangunan insan, iaitu pembinaan tamadun.
Al- Quran menyeru supaya kesatuan manusia dijaga dan ia melarang daripada melakukan pembunuhan dan keganasan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya bermaksud : “Sesiapa yang membunuh seorang manusia bukan sebagai hukuman terhadap pembunuhan seseorang yang lain atau hukuman terhadap kerosakan yang dilakukan di atas muka bumi, maka seolah- olahnya dia telah membunuh semua manusia. (Surah al- Mai’dah 5:32)
Allah S.W.T berfirman lagi bermaksud : “ Jaganlah membunuh manusia, selaras dengan pengharaman Allah mengenainya, melainkan dengan kebenaran.” (Surah al- Isra’ 17:33)
Allah S.W.T meletakkan prisip ketamadunan dalam al- Quran bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kelompok manusia daripada lemah kepada kuat, daripada penjajahan kepada kebebasan atau dari kemunduran kepada kemajuan, melainkan setelah mereka mempunyai inisistif ke arah itu. Al- Quran merupakan firman Allah S.W.T yang menyumbang dengan banyak ke arah pembentukan fenomena ketamadunan melalui pendekatannya yang berasaskan kata- kata yang mulia (al- kalimah al- tayyibah). Atas sebab inilah ia mempunyai kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang individiu, lalu membawanya ke alam pemikiran yang menghasilkan kemajuan dan ketamadunan.
Apabila al- Quran diturunkan kepada orang Arab, terdapat penentangan yang kuat terhadapnya pada peringkat permulaan. Kemudian, apabila mereka sudah menyakini dan memahaminya, mereka telah mencecah satu tahap baru. Perubahan itu begitu drastik, seolah- olah tidak munasabah pula bila diiktirafkan bahawa mereka sebelum ini baru sahaja merupakan kelompok yang tidak pandai berkasut dan berpakaian, yang hanya tahu mengenai khemah, unta dan kambing.
Bangsa Arab ini kemudiannya membawa al- Quran kepada bangsa- bangsa lain yang kemudian turut menyakini dan memahaminya. Kesan daripada itu, kedudukan mereka telah meningkat. Al- Quran sesungguhnya menyeru supaya menghormati sesma manusia dan menyeru supaya berfikir mengenai alam semesta. Al- Quran telah menyeru mereka supaya membaca bagi mencetus minat terhadap sesuatu pekara, kemudian berfikir panjang dan meneliti alam ciptaan Allah S.W.T. Dari sinilah muncul manusia yang mengerti dan wujud juga kefahaman terhadap bahan- bahan yang ada di sekelilingnya. Akhirnya proses ini membentuk satu zaman ketamadunan yang bersifat Islamik. Ketamadunan ini kekal selama beberapa kurun, tetapi kemudiannya ia kembali malap. Lalu berpindahlah pula secara unsur- unsur ini kepada bangsa- bangsa lain. Dengan sebab itu tidaklah wajar umat Islam mencanangkan kehebatan dan keuniknnya. Cukuplah setakat berbangga dengan peranan yang telah dimainkan dan sumbangannya dalam rentetan tamadun yang merentasi zaman.
Masalah yang melanda mana- mana bangsa pada asasnya adalah masalah tamadunnya. Sesuatu bangsa tidak akan dapat memahami dan menyelesaikan masalahnya selagi ia tidak meningkatkan pemikirannya untuk memahami pertistiwa- peristiwa besar yang dilalui oleh manusia dalam pelbagai zaman. Dengan erti kata lain, ia perlu memahami factor- factor yang membina tamadun dan juga yang meruntuhkannya. Semua tamadun sebenarnya adalah satu rangkaian epic kehidupan manusia yang bermula sejak kewujudan manusia pertama di muka bumi hinggalah ke hari ini. Ia dengan izin Allah S.W.T. akan berterusan menjadi rentetan gemilang yang merangkumi usaha- usaha manusia dalam zaman- zaman yang silih berganti untuk mengecapi kemajuan.
Dari sini dapatlah dikatakan bahawa bangsa- bangsa yang bertamadun sbenarnya adalah bangsa- bangsa yang telah menyumbang ke arah pembentukan tamadun manusia secara keseluruhannya. Oleh itu, sejauh mana sumbangan telah dibuat adalah diukur berdasarkan hasil tamadun yang dibina oleh sesuatu bangsa ke arah tamadun manusia secara umumnya.
Merealisasi Perubahan yang Diidamkan
Menurut pendekatan al- Quran, Allah S.W.T. tidak akan mengubah nasib sesuatu kelompok manusia sehinggalah mereka sendiri mempunyai inisiatif untuk mengubah nasib mereka. Sesetengah ilmuwan berpendapat bahawa tamadun bergerak seperti matahari, ia akan timbul dengan nyata pada sesuatu kelompok bangsa, kemudiannya ia akan muncul pada satu kelompok bangsa yang lain.
Ilmu Pengetahuan dan Peranannya dalam Tamadun Islam
Pendekatan al- Quran mengenai tamadun menitikberatkan kedudukan ilmu pengetahuan sebagai asas tamadun. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah dikejutkan dengan hakikat ini apabila wahyu pertama menegaskan iqra’ (bacalah !).
Generasi Muslimin yang awal telah menerima perintah ini dengan sepenuh hati. Lalu mereka melakukan penelitian terhadap kejadian pencipta langit dan bumi. Kedua- dua elemen ini telah membentuk pembacaan mereka terhadap karenah manusia dan tindak tanduknya di samping penelitian terhadap alam semesta sebagaimana yang dapat dilihat dalam zaman Rasulullah s.a.w dan al- Khulafa al- Rasyidin. Adalah jelas bahawa dalam pendekatan al- Quran mengenai tamadun terdapat dasar yang melihat pencapaian tamadun umat- umat terdahulu untuk diambil dan iktibar. Ini ditegaskan dalam firman Allah s.w.t bermaksud : “ Kami telah mengutus kamu kepada satu umat setelah berlalu sebelumnya beberapa umat.” (Surah al- Ra’d 13:30)
Hadis juga menekankan kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas tamadun. Berikut adalah beberapa hadis yang menjelaskan mengenai pekara ini :
- “Dakwat yang digunakan oleh para ilmuwan dalam penulisan mereka lebih tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T. daripada darah para syuhada’.”
- “Malaikat- malaikat akan meletakkan sayapkan ke atas mereka yang menuntut ilmu.”
- “Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada setiap Muslim.”
Di sini dapatlah disimpulakan bahawa ada tiga prinsip utama berkenaan tamadun yang ditekanan dalam Islam. Pertama, manusia semuanya mempunyai asal yang satu. Kedua, perubahan sesuatu kelompok manusia tidak akan terjadi selagi tidak ada usaha yang dilakukan ke arah itu. Ketiga, tamadun mesti didasarkan kepada ilmu pengetahuan.
Kenyataan- kenyataan yang dikemukakan oleh al- Quran ini boleh dilihat daripada paparan al- Quran di dalam era Makkah. Iqra’ adalah perkataan yang mula dipelajari setelah Nabi dikejutkan dengannya dalam wahyu yang pertama. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa permulaan dakwah itu adalah iqra’.
Pendekatan Ketamadunan Al- Quran
Membaca bermaksud menyelidiki dan mengambil tahu mengenai semua bidang ilmu. Setiap pendekatan pula mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri. Al- Quran telah menyeru kaum Muslimin supaya menyelidik semula alam sekeliling untuk mengenal pasti fakta, suatu yang kemudiannya dikenali sebagai kaedah ujikaji dalam bidang sains.
Seorang Profesor di Universiti New York telah mencatat dalam bukunya yang bertajuk ‘Konflik antara Sauns dan Agama’. Antara kenyataannya seperti berikut : “ Ilmuan Islam telah mendapat bahawa kaedah pemikiran logik yang abstrak tidak membawa kemajuan. Sebaliknya, harapan untuk mengenal pasti sesuatu fakta sepatutnya diletakkan kepada penelitian fenomena yang terjadi itu sendiri. Kerana itulah motto mereka adalah ‘kaedah ujikaji’ atau ‘ kaedah emprikal’. Hasil yang diperolehi oleh tamadun Arab melalui kaedah ujikaji ini terpapar dengan jelas pada kemajuan yang dikecapi oleh industri yang wujud di era kegemilangan mereka. Kita sememangnya terpegun bila mendapati ada beberapa pandangan ilmiah dalam penulisan mereka yang kita sangkakan bahawa ia adalah produk zaman moden ini seperti penggunaan pengetahuan mengenai kimia dalam perubatan. Mereka juga mempunyai pengetahuan mengenai mekanikal dan pergerakan. Mereka telah menolak pandangan ilmuan Greek yang menegaskan bahawa pandangan berlaku kerana pancaran cahaya daripada mata kepada benda yang dilihat. Mereka mempunyai pandangan yang sebaliknya.
Al- Hasan bin al- Haitham seorang ilmuan Islam dalam kurun keempat Hijrah mempunyai hampir seratus buah buku mengenai Matematik, Fizik dan lain- lain. Bukunya yang terkenal adalah al- Manazir telah di terjemahkan kepada bahasa Latin dalam kurun ke-16 Masihi. ( Dipetik dari majalah al- Faisal, no 23, April.1979)
Dari sini jelas bahawa tamadun Islam mempunyai dua dimensi :
- Rasional dan material.
- Spiritual dan bertonggakkan aqidah.
Namun tamadun moden telah menerima pakai aspek yang pertama dan menolak aspek kedua. Akibatnya manusia yang hidup dalam ruang lingkup tamadun Eropah moden menghadapi keluh kesah dan konflik yang berterusan.
Orang- orang Islam pula amat jauh ketinggalan dalam mengejar tamadun yang bersifat material ini. Kerana umat Islam tidak punya pilihan selain daripada mengambil sikap berbaik- baik dan menghargai terhadap mereka yang membina tamadun Eropah moden. Ini dilakukan dengan harapan agar mereka membuka hati mereka terhadap umat Islam dan mengubah persepsi mereka mengenai Islam. Adalah diharapkan juga mereka menghapuskan gambaran bahawa manusia Islam adalah ganas. Oleh yang demikain, diharapkan mereka memahami makna sebenar kehidupan beragama dan kerohanian yang dapat mengembalikan harga diri, kebahagian, kesejahteraan insan. Dengan ini dapatlah mereka membebaskan diri daripada sebuah tamadun yang tidak dapat membahagiakan manusia bahkan lebih mendedahkan mereka kepada kemusnahan dan kehancuran. Mereka sesungguhnya telah menyimpang jauh daripada hati nurani yang sensitive tentang soal etika.
Hati nurani adalah hasil pemikiran yang dimurnikan al- Quran dan bukannya hasil intelektualisme orang- orang Islam. Tamadun Eropah pada hari ini tidak ubah seperti tiram yang indah di luar tetapi tanpa mutiara di dalamnya kerana ia terpisah daripada roh, kesejahteraan jiwa dan keamanan. Dalam keadaan ini, tidak ada alternatif lain selain daripada mengemukakan Islam yang sebenar- Islam yang penuh dengan limpahan kasih sayang, kemanusiaan dan persaudaraan yang setara bagi semua manusia. Tidak ada satu kaum yang lebih mulia daripada kaum yang lain atau seorang individu daripada seorang individu yang lain melainkan dengan takwa.
(BERSAMBUNG)
Oleh: Dr. ‘Ali al- Shu’aibi.
Recent Comments