Kebelakangan ini, kita sedia maklum kepemimpinan negara berhadapan dengan cabaran terbesar dalam konteks keutuhan perpaduan. Rakyat menjadi saksi dan penonton. Beberapa pemimpin pembangkang yang mendapat “peluru” terus “melepaskan tembakan”. Kita sedang menyaksikan satu episod di mana pemimpin tertinggi negara berhadapan dengan tohmahan yang menggugat kredibiliti dan kewibawaannya kerana serangannya datang daripada seorang “bapa”, yang mencadangkan namanya menjadi pemimpin tertinggi negara. Orang-orang bukan Melayu khususnya daripada kalangan pembangkang bertepuk tangan; suka hati dan barangkali gembira. Kita sedang berhadapan dengan cabaran terbesar pada abad ini, cabaran perpaduan pemimpin ummah! Marilah kita menilai semula dimensi Islam mengenai perpaduan guna menjernihkan kembali yang keruh, mendamaikan yang bertelagah dan mengembalikan perpaduan ummah.

Keutamaan perpaduan dalam Islam memang tidak dapat dinafikan kerana perpaduan dan persefahaman adalah prasyarat bagi keutuhan tamadun manusia. Tanpa perpaduan, mana-mana tamadun tidak akan dapat berkelangsungan kerana keadaan huru hara dan kucar kacir tidak akan menstabilkan negara bahkan boleh membawa musibah besar kepada kemajuan peradaban. Perpaduan yang yang dimaksudkan bukan sahaja dalam kalangan Muslim bahkan juga dengan bukan Islam.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w. (Khutbah Wida’) di ‘Arafah menyentuh persoalan perpaduan agung. Antara lain, dalam Khutbah Wida’, Rasulallah s.a.w. menegaskan: “Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab. Dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab ke atas orang Arab. Orang yang berkulit hitam juga tidak ada kelebihan ke atas orang yang berkulit kemerahan dan begitu juga sebaliknya kecuali dengan taqwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.”

Intipati daripada saranan Nabi Muhammad s.a.w. mencakupi perkara berikut:

  1. Allah itu esa dan Allah adalah Rabb yang berhak disembah oleh semua
  1. Asal manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam s.
  1. Tidak ada kelebihan berasaskan bangsa atau warna kulit di sisi Allah w.t.
  1. Keimanan dan ketakwaan merupakan suatu tunggak kelebihan di sisi Allah w.t.
  1. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

Sebenarnya, persoalan perpaduan telah lama diberikan penekanan oleh Allah s.w.t.. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 102-107 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai- berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh- musuhan (semasa Jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati  kamu  (sehingga  kamu  bersatu-padu  dengan  nikmat  Islam),  maka jadilah   kamu   dengan   nikmat    Allah   itu   orang-orang   Islam    yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”.

Ayat ini memberikan panduan dan petunjuk kepada kita bahawa asas perpaduan itu mestilah bermula dengan sifat takwa dan ketulusan jiwa. Maksudnya, perpaduan itu mestilah bermula dengan bermatlamatkan mendapat keredaan Allah s.w.t. dan perpaduan itu berasaskan tauhid dan tidak menidakkan akidah. Perpaduan yang rapuh berpunca daripada matlamat kebendaan. Sebab itu ia tidak dapat bertahan lama. Dalam konteks perpaduan ummah di Malaysia, kita boleh membahaskannya dalam bentuk pelbagai dimensi sama ada dalam bentuk inter etnik atau intra etnik.

Imam Al-Ghazali pernah menyenaraikan sifat-sifat orang yang ber”penyakit   lidah”   iaitu   orang-orang   yang   membawa   kehancuran kepada perpaduan antaranya ialah pertama, al-Namimah iaitu mengadu- domba orang atau merosakkan hubungan baik. Kedua, al-Ghibah iaitu menceritakan keburukan orang lain dengan niat jahat sama ada kecacatan pada badannya, agamanya, keturunannya, perangainya, perbuatannya, kedudukannya, pakaiannya, rumahnya atau kenderaannya. Hal ini meliputi isyarat tangan, mata, godaan, celaan, tulisan, gerak laku dan segala sesuatu yang boleh difahamkan oleh orang lain. Ketiga, al- Istihza’ iaitu mengejek, mengutuk atau menghina atau menerangkan kecacatan seseorang dengan tujuan untuk mentertawakan orang lain sama ada dalam bentuk pakaian, perkataan, perbuatan ataupun isyarat. Keempat, membongkar rahsia orang lain. Ini merupakan satu kehinaan bagi  orang-orang  yang  berpengetahuan  dan  boleh  menjadi  satu  celaan dalam kalangan kawan-kawan. Kelima, al-Fahsh iaitu menyatakan sesuatu yang tidak enak didengar kerana ianya boleh menimbulkan perasaan sakit hati kepada orang lain yang ditujukan perkataan tersebut. Keenam, al-Khusumah iaitu bermusuhan antara satu sama lain. Hal ini boleh menimbulkan kebencian antara kedua-duanya sebab mereka menyenangi penderitaan atau kesedihan orang lain dalam bentuk perkataan atau perbuatan, dan ketujuh sifat gembira apabila orang lain ditimpa bencana dan merasa suka apabila orang lain mengalami kegagalan serta menyalah-nyalahkan mereka dan suka menyebutkan kesalahan-kesalahan dan keburukan yang telah mereka lakukan.

Jika kita amati apa yang diperkatakan oleh Imam Al-Ghazali ini, jelaslah akhlak mazmumah yang berkaitan dengan hati, lidah dan tingkahlaku boleh merosakkan perpaduan. Apa yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam  Surah Al-Hujurat  ayat 10: ”Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

Dalam ayat kesebelas Surah Al-Hujurat, Allah menjelaskan orang-orang yang beriman agar tidak mencemuh kaum yang lain kerana kaum lain mungkin lebih baik daripada kita. Maksudnya, janganlah kita mencemuh orang lain kerana mungkin orang itu lebih baik dan lebih mempunyai kelebihan berbanding kita. Penjelasan Allah s.w.t. terdapat dalam maksud  berikut:  ”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh   dan   merendah-rendahkan   puak   perempuan   yang   lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Mencemuh orang lain tidaklah baik untuk membentuk perpaduan dan boleh menjadi penghalang kepada perpaduan yang jitu. Di samping larangan  merendah-rendahkan  kaum  yang  lain,  Islam  juga  melarang penganutnya daripada menyatakan keaiban orang lain dan memberikan gelaran yang buruk kepada orang lain kerana ini juga termasuk dalam ciri-ciri   orang   yang   fasik   dan   zalim.  Dalam   konteks   perpaduan, persengketaan atau pertelingkahan adalah satu cabaran besar. Ayat ini menjelaskan bahawa adalah menjadi satu kewajipan kepada umat Islam untuk mendamaikan pertelingkahan yang membabitkan dua puak yang bersengketa. Api permusuhan perlu dipadamkan segera. Bukannya menyemarakkan lagi bahang permusuhan dan persengketaan. Kita perlu mengambil langkah yang proaktif untuk mendamaikan pihak-pihak yang bermusuhan. Apa peranan kita? Adakah kita terdiri daripada orang yang mempromosi perpaduan atau kita adalah kelompok yang menyimbah minyak ke atas api permusuhan?

Seperkara lagi, dalam konteks keutuhan perpaduan, kita perlu hindari sifat  berburuk  sangka,  prejudis,  mengintip  dan  mencari-cari  kesalahan dan keaiban orang lain. Islam juga melarang kita mengumpat kerana ia menyebabkan permusuhan dan perkelahian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah  kamu  mengintip  atau  mencari-cari  kesalahan  dan  keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu   jijik   kepadaNya.   (oleh   itu,   patuhilah   larangan-larangan   yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Taubah: Ayat 12)

Semasa Rasulallah berhijrah ke Madinah, baginda menghadapi masalah-masalah seperti penentuan hak dan kewajipan penduduk-penduduk tempatan Madinah, penyediaan tempat perlindungan untuk orang-orang Muhajirin, mengwujudkan persefahaman antara orang Islam dengan orang  bukan  Islam  di  Madinah  (khususnya  orang-orang  Yahudi  yang merupakan majoriti), mengwujudkan organisasi politik dan pertahanan ketenteraan di Madinah (oleh kerana kewujudan pola baru demografi berbanding  dengan  sebelumnya)  dan  bayaran  pampasan  bagi  pelarian- pelarian yang mengalami kehilangan jiwa dan hartabenda akibat kekejaman Quraish Mekah.

Dalam sirah Rasulallah s.a.w., perpaduan dijalin di masjid. Masjid adalah simbol kesatuan dan perpaduan umat Islam. Umat Islam disatukan di masjid sebab masjid adalah tempat perkumpulan orang ramai dan tempat   menjalankan   ibadah   secara   bersama   dan   beramai-ramai. Rasulallah s.a.w. telah berjaya menyatu-padukan rakyat Madinah yang berbilang agama dan kabilah.

Di Madinah, Nabi membina masjid dan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Kaum Muhajirin (yang berhijrah) tidak membawa sebarang kelengkapan atau barang. Rasulallah s.a.w. mempersaudarakan kedua kaum ini di antara satu sama satu. Persaudaraan ini begitu rapat, sehingga mereka berkongsi harta, pakaian dan sebagainya. Kemudian Piagam Madinah digubal. Piagam Madinah menyenaraikan tiga perkara iaitu hak dan tanggungjawab orang Islam, hak dan tanggung jawab orang bukan Islam dan tanggungjawab bersama.

Namun demikian, sebagai umat Islam janganlah kita lalai dan leka dalam kehidupan di dunia semakin tahun berganti usia kita juga semakin bertambah dan semakin dekatlah kita kepada ajal. Dengan itu kita sudah seharusnya semakin matang dan bijak dalam mengisi dan memanfaatkan usia kita dalam kehidupan ini. Apa pun yang kita lakukan haruslah bertambah lebih baik dari sebelumnya. Sesungguhnya hijrah dapat menguji sejauh mana tahap keimanan dan pengorbanan seseorang individu tersebut terhadap agamanya. Ini adalah kerana hijrah bukan dapat dilakukan dengan sewenang-wenangnya tetapi memerlukan sifat sabar, sanggup berjihad mengubah kehidupan dan menerima apa jua rintangan dan cubaan yang melanda serta sanggup berkorban apa sahaja, jiwa harta mahu pun keluarga. Inilah dia nilai-nilai keimanan dan pengorbanan  yang  tinggi  yang  dimiliki  dan  diperlihatkan  oleh  orang- orang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. sebagai bukti akan kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap agama Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah s.w.t. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini.

Kejayaan Rasulallah s.a.w. adalah sesuatu yang amat luar biasa. Masakan tidak, Madinah sebelum dikuasai oleh Rasulallah s.a.w. berada dalam bentuk pemerintahan anarki di mana semangat kepuakan menunjukkan penguasaan. Pendek kata, kehidupan masyarakat sangatlah kompleks kerana semangat assabiyyah yang sangat tebal. Komposisi penduduk terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti orang-orang  Arab,  Yahudi  dan  Kristian.  Kelompok  Arab  terdiri  daripada 12  kelompok  kaum  yang sebahagian  besarnya  terdiri  daripada  orang- orang  Aws  dan  Khazraj.  Orang-orang  Yahudi  pula  telah  dibahagikan kepada 10 kelompok kaum yang terdiri daripada Banu Qainuqa’, Banu Nadir dan Banu Quraizah. Suku bangsa Yahudi ini hidup dengan penuh kekerabatan sepertimana puak-puak Arab yang lain dalam lokaliti itu. Pertelingkahan berlaku di kalangan mereka sejak zaman berzaman. Sesetengah orang Arab, setelah bersekutu dengan sesetengah orang Yahudi bermusuhan pula dengan orang Arab yang lain, yang juga telah bersekutu  dengan  orang-orang  Yahudi  yang  lain.  Peperangan  menjadi sesuatu yang lumrah kerana sikap mempertahankan status quo. Peperangan yang berpanjangan akhirnya telah meletihkan semua pihak.

Ringkasnya, apa yang berlaku pada zaman Rasulallah s.a.w. dalam konteks kebaikan perpaduan perlulah kita teladani. Sebab itu, kita perlu menyokong pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan Dasar Perpaduan Nasional di negara kita yang selari dengan falsafah perpaduan dalam Islam. Ia juga akan memantapkan perpaduan intra dan inter etnik, solidariti, hubungan etnik, sikap penerimaan dan toleransi yang tinggi, rasa     hormat-menghormati,     percaya-mempercayai,     saling     tolong- menolong, perpaduan kaum dan integrasi nasional kerana Islam adalah agama yang mengajarkan kerukunan bermasyarakat, kebebasan beragama dan keharmonian bermasyarakat. Perpaduan adalah di antara prasyarat utama dalam konteks pembangunan bersepadu dan seimbang untuk peningkatan mutu kehidupan dan daya saing yang tinggi demi kelangsungan hidup di dunia dan akhirat. Insan-insan yang soleh adalah mereka yang mendokong mesej Islam iaitu melonjakkan perpaduan untuk kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dan juga negara. Insan- insan yang soleh menolak sebarang bentuk perpecahan sama ada pada peringkat pimpinan atau pengikut.

Oleh : Dr. Amini Amir Bin Abdullah

Translate »