Hakikatnya cukup jelas. Walaupun PAS mentadbir Kelantan dengan keseluruhan kapasiti wakil rakyat beragama Islam, ia masih terkial-kial untuk melaksanakan prinsip Membangun Bersama Islam.

Kelantan masih gagal dalam transformasi sosial sehingga setiap tahun ramai anak muda Kelantan berhijrah ke negeri yang bukan ditadbir oleh PAS untuk mencari pekerjaan. Lebih 30 tahun, Kelantan gagal menepati piawaian kemudahan asas untuk rakyat, termasuk isu yang sekian lama diperkatakan, iaitu bekalan air bersih.

Lebih membimbangkan ialah peningkatan kes-kes yang berkaitan dengan dadah dan jenayah. Soal keselamatan kehidupan di kampong-kampong terus menjadi persoalan mengenai besar. Jumlah penagihan dadah terus meningkat.

Begitu juga jenayah rogol, pecah rumah dan kecurian. Hal ini perlu dilihat secara mendalam kerana sejak menggunakan slogan Membangun Bersama Islam.

Dari perspektif ekonomi, kepimpinan pemimpin PAS yang kesemuanya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam masih belum mampu menjadikan Kelantan hebat sebagaimana didakwa oleh MB Kedah, Sanusi Mohd Noor. Singapura maju kerana tidak diperintah oleh UMNO.

Namun, Kelantan semakin ketinggalan sejak diperintah oleh PAS buat pusingan kedua. Banyak projek yang dilaksanakan hanya indah dari perspektif ‘kemahuan politi’ tetapi akhirnya ‘tidak membina pertumbuhan ekonomi’.

Antaranya, Projek Ladang Rakyat, pembangunan Lembah Sireh, mewujudkan kawasan industri halal, projek penanaman pokok depu (gaharu), penternakan kambing Jamapari, dan kini perihal Ladang Musang King.

Kesemuanya memberikan makna kepada penterjemahan makna keazaman politik dalam perspektif yang gagal terhadap slogan Membangun Bersama Islam termasuk pemantapan akidah masyarakat.

Jika PAS hendak dianggap berjaya dalam persoalan pemantapan akidah, ia akan diukur berdasarkan indek jenayah tahunan. Apakah ia mengalami pengurangan atau peningkatan kes. Jika mengalami peningkatan, ia menunjukkan makna kegagalan, bukan persoalan retorik sebagaimana didakwa oleh segelintir aktivis PAS.

Saya melihat kecelaruan akidah disebabkan perbezaan pembawaan, tingkah laku ahli politik sebagai pengajaran kesepuluh yang perlu diberikan perhatian serius. Ini kerana konflik di Sudan yang mencetuskan Perang Saudara yang panjang (1956-2011) sehingga membelah Sudan kepada dua negara – Sudan dan Sudan Selatan – cukup mengingatkan kita bagaimana eksploitasi isu politik dan perkauman menjadi pemacu yang cukup besar, walaupun pada asalnya bersifat kuasa autonomi.

Sebahagian besar penduduk Sudan Selatan terdiri daripada kelompok bukan Islam manakala Sudan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Namun, konflik Darfour yang berlaku pada tahun 2003 cukup menunjukkan kita ada unsur-unsur genosid walaupun tidak benar keseluruhannya.

Pembantaian terhadap etnik Fur menjadi sesuatu yang sangat ketara, oleh Janjaweed yang berasal daripada keturunan Arab Badwi yang dilihat nomad dan tangkas menunggang kuda.

Ini mungkin akan berlanjutan dalam konflik terbaharu jika penyelesaian segera tidak dapat ditamatkan menerusi meja rundingan.

Seperti dijelaskan oleh bekas PM Sudan, Abdalla Hamdok pada 29 April 2023 yang lalu, konflik itu akan bertambah buruk dan boleh bertukar menjadi Perang Saudara yang paling buruk di dunia.

Ini kerana lebih 500 orang telah terkorban, kebanyakan orang awam yang tidak ada kaitannya dengan keazaman dua pihak untuk berkuasa – al-Burhan dan Hamedti – di mana lebih ramai penduduk Khartoum yang terjebak dengan konflik tersebut semakin ramai menjadi gelandangan dan mengambil keputusan meninggalkan bandar tersebut disebabkan tanpa makanan, air dan kemudahan elektrik.

“ Jangan sampai Sudah menjadi titik perang saudara sepenuhnya…Syrian Yaman, Libya, tidak ada apa-apa lagi,” Hamdook memberikan amaran, “saya fikir (Perang di Sudan) akan menjadi mimpi buruk bagi dunia.”

Padanya, konflik yang berlaku adalah “perang yang bodoh” antara dua pasukan kerana ‘tidak aka nada satu pihak yang menjadi pemenanga. Oleh kerana itu, perang harus berhenti’.

Menurut anggaran PBB, sudah lebih 75,000 rakyat Sudan lari keluar daripada Khartoum dan di sekitar Nil Biru dan Darfour. Ia menjadi suatu peringatan yang cukup berguna bagi rakyat Malaysia untuk membangunkan sebuah negara yang stabil dan merancang membina sebuah negara bangsa yang harmoni daripada ancaman 3R.

Ia perlu dijadikan asas kesetiaan, ketaatan dan pemacu kepada perpaduan antara kaum, menabur angina fitnah dan kebohongan sehingga boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, ketegangan politik dan persekitaran kehidupan.

Bila ianya berlaku, keadaan menjadi semakin sukar dan terdesak. Sudah sedang alami situasi getir itu. Sudah mula berlaku peningkatan aktivit yang boleh disifatkan sebagai jenayah, bila mana premis-premis perniagaan dipecah masuk untuk mendapatkan bekalan makanan. Ia juga terjadi di kem-kem yang menjadi pusat pengedaran bantuan kemanusiaan.

Semoga Malaysia bebas daripada perang yang cukup menyiksa dan penuh kemelut emosi.

Kepada semua politikus, dalam menentukan keazaman politik dan meraih sokongan wajib mengelak daripada mengapungkan isu-isu yang menjadi teras kontrak sosial, bercakaplah mengenai ideologi politik masing dan bagaimana ideologi politik dapat dilaksanakan.

Ingatlah bahawa pertarungan mendapat kuasa sepatutnya menggunakan penterjemahan ideologi politik, bukan bersendengkan hasutan, fitnah dan kebohongan sebagaimana menggunakan doktrin ‘sesiapa yang tidak menyokong’ tidak akan dimasukkan ke syurga.

Tanyalah kepada mereka, apakah makna syurga itu? Apakah syurga itu hanya ada di akhirat sahaja? Bagaimana teladan Nabi Muhammad SAW membina syurga di dunia dengan membangunkan konstruk sosial di Madinah?

Bukankah kita, sebagai umat Islam dikehendaki menjada hubungan sesama manusia, berbuat baik dan bukan memfitnah, mengadu domba dan mengecam antara sesama Islam, sesama manusia hanya kerana perbezaan politik dan pemikiran. ?

Fahamilah sejelasnya apa yang dimaksudkan dengan atribut Islam sebagai rahmatal lil alamin, rahmat kepada seluruh alam, bukan hanya rahmat yang eksklusif kelompok tertentu sahaja.

Ertinya, balasan syurga yang Allah SWT janjikan ialah ganjaran kepada mereka yang sangat membudayakan amar makruf dan nahi mungkar, bukan sahaja tekun beribadat kepada Allah SWT (tawaduk, zuhud, dan takwa), ia juga meliputi keperluan kepada bermuamalat.

Sebab itulah Islam menekan hubungan akrab, mesra dan bukan saling menyakiti dengan setiap makhluk, kerana semua manusia adalah bersaudara, berasal dari benih yang sama, yakni dari Adam dan Hawa AS.

Manusia diciptakan dengan proses yang sama, kecuali Nabi Adam AS, Hawa AS, Nabi Isa AS. Adam dicipta daripada tanah, Hawa dicipta daripada tulang rusuk yang paling atas Adam AS.

Nabi Isa lahir daripada rahim seorang ibu, Maryam yang tidak pernah berkahwin, tetapi Allah SWT memasukkan benih (sperma) ke dalam rahimnya.

“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya al-Masih Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah).” (surah Ali-Imran, ayat ke-45).

Isa AS dilahirkan di bawah sebatang pokok tamar di Bethlehem (Baitullaham), Palestin. Kelahiran ISA AS dianggap ajaib dan dirakamkan dalam al-Qur’an seperti berikut:

Jibarl berkata: Demikianlah, Tuhanmu itu berfirman: Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadkannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.” (surah Maryam ayat ke-21)

“Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: Jadilah” (seorang manusia), maka menjadilah dia. (Ali-Imran ayat ke-59).

Dan, (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya itu tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam.” (al-Anbiyaa’ ayat ke-21).

Jadi ingatlah bahawa tidak ada perbezaan proses penciptaan manusia yang lain, semuanya menerusi proses yang sama. Tanpa percantuman sperma (lelaki dan perempuan) di dalam rahim, ia tidak akan hadir kita sebagai manusia.

Kita, manusia menjalani proses yang sama, cuma berbeza lokasi, ibu bapa dan keturunan etnik setelah anak cucu Adam dan Hawa berkembang biak. Namun, setiap manusia sebenarnya bersaudara, maka itulah Allah SWT sentiasa mengingat:

*****

Iktibar atau pengajaran daripada krisis politik Sudan seharusnya dapat kita singkirkan persoalan politik parokial (pemikiran sempit, cetek dan kedaerahan). Parokialisme ini juga menyebabkan ketegangan yang berpanjangan sehingga ‘dendam tidak sudah’ berlaku dalam kalangan masyarakat. Flores dan Madura (Indonesia), walhal kededuanya mempunyai ikatan persaudaraan sebangsa dan senegara.

Begitu juga dengan perbalahan yang berlaku di Sambas, Kalimantan Barat. Tidak kurang sebanyak 7 kali sejak tahun 1970. Namun, konflik yang berlaku pada tahun 1999 adalah yang paling serius dan terbesar, berlaku kecam mengecam antara etnik Melayu dan Dayak terhadap sekelompok pendatang dari Madura.

Konflik berpunca daripada perpindahan penduduk Pulau Madura ke Kalimantan di bawah program transmigrasi. Warga Madura adalah kelompok yang sangat rajin bekerja dan hasilnya berjaya menguasai pelbagai bidang perekonomian. Selain itu, warga Madura ikut bersama-sama membawa budaya asli mereka, dan sukar untuk beradaptasi dengan  masyarakat setempat, selain sifatnya yang ‘cepat marah’.

Peristiwa yang berlaku pada 18 Februari 2001, selain diserang, empat orang transmigran Madura terbunuh. Ia dikaitkan dengan peristiwa Kereng Pangi. Warga Dayak disyaki sebagai pelaku dan berita tersebut tersebar dengan cepat sehingga menyebabkan etnik Dayak mengambil tindakan membakar rumah-rumah etnik Madura. Ia menjadi semakin ‘menggila’ apabila Dayak dari luar Sampit mulai memasuki untuk membantu dan mula membentuk aksi ‘sweeping’ terhadap kelompok Madura.

(BERSAMBUNG)

KAMARUN KH

Translate »