Nama lengkapnya adalah Ismail bin Afdal Ali bin Al-Muzaffar Mahmud bin al-Mansur Muhammad bin Taqi ad-Din Umar bin Syahansyah bin Ayyub al-Malik al-Mu’ayyad Imaduddin Abu al-Fida atau lebih dikenali sebagai Abu Fida.

Beliau dilahirkan pada tahun 672M di Damsyik dan merupakan salah seorang seorang cucu keluarga Ayyub, ayah Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi).

Ketika berusia 12 tahun, beliau telah menyertai rombongan ayahnya serta saudara sepupunya al-Muzaffar Mahmud II, dalam satu pertempuran terhadap benteng/kubu St. John, malah beliau juga turut serta dalam pertempuran pada Perang Salib di Tripoli, Arced, dan Qalat ar-Rum.

Lima tahun kemudiannya, ketika beliau berusia 17 tahun, beliau turut bertempur melawan tentera-tentera salib yang menguasai Trablis dan pada tahun 710H.

Beliau kemudiannya telah diangkat menjadi putera mahkota yang menguasai daerah Hammah dan sekitarnya serta menjadi raja pada tahun 712H dengan gelaran al-Malikul Muayyad.

Selain itu beliau merupakan seorang ahli geografi dan ahli sejarah yang hebat pada zamannya.

Setelah memasuki usia tua, beliau telah menghasilkan beberapa karya puitis termasuk sebuah gubahan daripada karya al-Mawardi yang berjudul al-Hawi.

Penulisan karyanya banyak menyangkut hal-hal keagamaan, namun kebanyakannya tidak dapat dijejaki, hampir hilang sebahagiannya.

Bagaimanapun, salah sebuah karya besarnya telah berjaya mengangkat reputasinya sebagai salah seorang ilmuwan Islam terpenting.

Kedua-dua karya tersebut merupakan kumpulan tulisan-tulisan beliau dalam skala besar, yang kemudiannya disusun dengan sempurna. Karyanya yang pertama itu berjudul Mukhtasar Tarikh al-Basyar, iaitu sebuah buku sejarah antarabangsa yang mencakupi pra-Islam dan sejarah Islam pada tahun 729 H.

Buku ini merupakan salah satu sumber utama bagi para orientalis pada abad ke-18 M melalui edisi-edisi yang dihasilkan oleh J.Gagnier dan J.J Reiske J.G Chr. Adler. Teks lengkapnya diterbitkan pertama kali di Istanbul dalam dua jilid.

Selain itu, karya lainnya yang masyhur berjudul Takwim al-Buldan, iaitu sebuah deskripsi geografi yang dilengkapi dengan sejumlah data, matematik, dan fizik yang turut diiktiraf oleh para ilmuwan tersohor yang lain.

Takwim al-Buldan banyak dihurai dan diperkembangkan ideanya oleh al-Kalkasyandi dalam beberapa ringkasan yang dibuat, termasuk salah satu karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Turki oleh Muhammad bin Ali Sipahizade (meninggal pada 997 H/1589 M).

Beberapa bahagian buku tersebut telah disunting dan diterjemahkan oleh para sarjana Barat, antaranya John Greaves di London (1650 M) dan J.B Koehler-Leipzig (1766 M).

Karya Abu Fida secara keseluruhannya disunting oleh J.T Remaud dan MacGuckin de Slane yang diterbitkan di Paris pada 1840 M dan diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh J.T Reinaud (Paris, 1848 M) serta Stanislas Guyard (Paris, 1883 M).

Terjemahan jilid pertama mengandungi sebuah kajian klasik yang berjudul Introduction General a la Geographis des Orintaux.

Dalam penulisan dan pengkajian itu, Abu Fida banyak membahas dan memberi penjelasan astronomi dan kedudukan bumi. Beliau juga telah menemukan alat yang disebut “miqyas” yang dapat digunakan untuk mengukur luas beberapa tempat yang berbeza-beza.

Dengan terhasilkan karya-karya hebat tersebut, George Sarton menggelar Abu Fida sebagai The Greatest Geographer of His Age.

Beliau juga sempat menghasilkan sebuah karya yang berjudul An Abridgement of the History of the Human Race, iaitu sebelum dua tahun sebelum akhir hayatnya.

Catatan : Ibnu Hakim

Translate »