Menurut al-Ghazali, manfaat lapar dan bahaya daripada kenyang ada sepuluh (10), iaitu: (al- Ghazali, 2021, hal. 205-220).
- menjernihkan hati, mencerdaskan fikiran, juga menyempurnakan fungsi Kenyang memunculkan kebodohan dan membutakan hati, menambah banyak asap pada otak, serupa sesuatu yang memabukkan, ia menlangkaui fungsi otak, hingga memberatkan jantung untuk melancarkan peredaran darah dari dan ke otak, hingga tidak mampu berfikir cepat;
- melembut dan menjernihkan hati sehingga bersedia untuk mengetahui nikmatnya mujahadah dan mendapat pengaruh positif dari berzikir;
- menghancur, menjatuhkan, serta melenyapkan keangkuhan, kegembiraan duniawi dan keburukan – yang semuanya merupakan pangkal kesemena-menaan dan kelalaian terhadap Alllah SWT;
- agar seseorang tidak melupakan cubaan Allah akan siksa-Nya, kerana orang yang kenyang akan melupakan orang yang lapar dan melupakan rasa lapar;
- menghancurkan syahwat maksiat secara total dan menguasai nafsu yang selalu memerintah diri kepada Kebahagiaan manusia hadir ketika manusia mampu menguasai nafsunya sendiri, sedangkan penderitaan muncul ketika dirinya dikuasai oleh nafsu;
- menahan seseorang dari tidur sehingga seorang hamba yang kuat untuk bangun Orang yang banyak makan, banyak minum. Siapa yang banyak minum, ia pasti akan banyak tidur. Mereka yang banyak tidur, pendek umur, kurang melakukan shalat tahajud, berperangai buruk. Dan hatinya cukup keras;
- membantu ketekunan dalam Banyak makan menyebabkan terhalangnya ibadah kerana memerlukan lebih banyak masa untuk makan;
- mengurangkan makan menyihatkan badan, terhindar daripada pelbagai penyakit yang disebabkan oleh banyak makan, dan tercapainya kelebihan pencampuran usus dan pembuluh darah;
- mencukupi Orang yang biasanya makan sedikit, maka nafkah yang sedikit akan mencukupi hidupnya. Orang yang terbiasa perutnya kenyang, akan berat untuk memenuhi keperluannya; dan
- memungkinkan seseorang itu memenuhi keperluan orang lain (dengan bersedekah, atau membahagi-bahagikan makanan) kepada orang miskin dan anak Pada hari kiamat, ia berlindung di bawah sedekahnya, sedangkan apabila dia makan dengan banyak akan menyebabkan sisanya tersimpan di tandas. Sedekah menjadi tabungan dan pelaburan di akhirat.
Bagi melatih diri untuk menundukkan syahwat perut, al-Ghazali meliputi empat tindakan, iaitu: (1) mengurangi tabiat makan; (2) menetapkan waktu makan atau menundanya; (3) jenis makanan dan mengupayakan mengelakkan daripada lauk-pauk; dan (4) mengambil makanan yang halal (bahan asas/mentah dan cara memprosesnya).
Terdapat dua bahaya (malapetaka) ketika menjauhi syahwat perut dan menyedikitkan makan, iaitu syirik tersembunyi dan muncul sikap riya’ kesan daripada syahwat kehormatan.
Syirik tersembunyi dimaksudkan oleh al-Ghazali seumpama “sebenarnya jiwa seseorang itu tidak mampu meninggalkan pelbagai keinginan syahwat. Ia berhasrat kepada keinginan itu, tetapi dia tidak mahu mengakui dirinya berhasrat kepada keinginan itu. Dia pun menyembunyikan keinginan syhawatnya. Namun, dia memakan sesuatu dalam kesendirian, dia tidak memakan di depan orang….makan secara sembunyi-bunyi, tanpa diketahui oleh orang lain.” (al-Ghazali, 2021, hal.264-265).
Syhawat kehormatan pula bermaksud: ketika seorang hamba mampu meninggalkan syahwat tetapi dia akan senang jika hal itu diketahui orang, hingga dirinya menjadi seorang yang terkenal sebagai seorang yang menjaga kehormatannya dengan meninggalkan syahwat, walhal syahwat yang ditinggalkan itu adalah yang paling lemah, iaitu syahwat makan, dia sedang melakukan syahwat kehormatan’. (al-Ghazali, 2021, hal.267).
Kita mungkin dapat mengilustrasikan keadaan ini seumpama pemberi sedekah atau bantuan ketika bulan Ramadhan. Sumbangan yang diberikan perlu disusuli dengan hebahan, uar-uar media dan disiarkan secara besar-besaran seolah-olah orang yang menyumbang itu benar-benar seorang yang dermawan dan philantropis. Dalam istilah mudah, melakukan sifat-sifat kedermawan itu kerana ingin mendapat publisiti.
(Bersambung “IV- SYAHWAT KEMALUAN”).
Kamarun KH
Recent Comments