Ke mana sahaja kita pergi, sama ada ke pejabat, ke pasar membeli barang-barang keperluan atau membeli nasi lemak di warong tepi jalan, juga ke kompleks beli belah sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, handphone akan menjadi ‘barang wajib’ yang mesti dibawa.

Ada juga yang menjadihkan handphone sebagai hantaran perkahwinan atau alat memikat (membeli cinta). Ia tidak salah, yang salahnya ialah kita kerana sangat tergantung kepada handphone. Kita sebenarnya sudah lama meninggalkan makna hidup keseharian dan semakin tergelonsor jauh daripada kerangka sebenar. Kita bukan meminta untuk berundur ke zaman 1950-an dan 1960-an (dunia tanpa gajet) tetapi kita sebenarnya sedang mengembalikan adab dan nilai-nilai yang sudah hilang. Suatu kerugian yang cukup besar dan tragik.

Biarpun kita mungkin rasa ‘bersalah’ kerana sengaja meninggalkan handphone atau menjarakkannya bagi sesetengah masa. Jangan kita merasa janggal bila handphone tertinggal di rumah pada masa hadapan selepas tiada lagi keperluan mengimbas MySejahtera. Kita akan merasa lebih tenteram dalam ‘kehilangan’ itu. Biarpun handphone itu berbunyi dan kehabisan baterinya, Tidak mengapa, kerana di dalamnya terlalu banyak sampah dan sangat memancing kita untuk memburu dosa.

Usah kita risaukan dengan jadual yang kita masukkan dalam Google Schedule. Usah kita rasa sepi bila tidak mendengar ‘ringtone’ yang kita pilih seharian. Biarkan mesej itu masuk, kita mungkin akan membacanya beberapa jam atau hari kemudian. Tetapi tidak bermakna kita padamkan sahaja keaktifan handphone, kerana kita masih perlu memberitahu dan diberitahu mengenai hal-hal yang penting, terutama apabila berjauhan atau memerlukan kesegeraan.

Sekarang handphone masih menjadi ‘passport’ untuk memasuki ruang sembahyang di masjid. Sekarang handphone masih perlu dibawa untuk ke mana sahaja, kerana MySejahtera perlu lagi diimbas. Tetapi, tidak bermakna kita perlu mengenggamnya 24/7, sepanjang masa sehingga menjadi teman paling akrab di ‘ranjang malam’, yang telah kita gantikan sebagai pasangan tidur.

Kenapa kita takut ‘kehilangan’ handphone? Mungkin ada alasan yang benar-benar jujur: di dalamnya ada data peribadi yang tidak patut dikongsikan. Jika maklumat itu diceroboh, dicuri atau diambil orang, akan menyebabkan lebih banyak mudarat. Akhirnya, bolehkah kita berfikir sejenak, kenapa kita perlu menyimpan data peribadi itu di dalam handphone?

Sebab itulah kita resah apabila bila handphone hilang atau diambil orang. Kita resah kerana di dalamnya ada rahsia yang tidak sepatutnya kita simpan. Kita merasa cukup ‘terhina’ bila rahsia di dalam handphone itu bocor atau diketahui orang. Kita sangat bimbang kerana ‘privacy’ data peribadi itu bakal diceroboh, dibimbangi dicuri mahupun disalahgunakan untuk tujuan tertentu. Apa jadinya jika yang diambil itu gambar yang kurang senonoh, yang kita rakamkan untuk ‘tontonan sendiri’? Kenapa kita tidak berfikir merakamkan gambar tersebut dan menyimpannya di handphone? Seronokkah merakamkan gambar sendiri yang tidak senonoh itu? Bergembirakah anda bila melakukan aktiviti yang salah itu walaupun ia tidak membabitkan orang lain?

Tetapi, tahukah anda bilakah handphone pertama berjaya dicipta? Pernahkah anda memikirkan bahawa handphone sangat berpengaruh sehingga menjadikan kita semakin menggila, bahkan kadangkala hilang pertimbangan yang waras sebagai manusia yang sangat hormat dan menyanjungi susila? Kenapakah semakin sehari kita berhadapan dengan semakin banyak masalah – masalah sosial, masalah psikologi, masalah ekonomi, masalah politik dan cukup parah ialah masalah akidah – hanya kerana kita sangat taksub dan bergantung kepada handphone?

Handphone menemui bentuknya pada 3 April 1973, iaitu hampir 50 tahun lalu. Ia direkacipta oleh seorang jurutera dan penyelidik teknologi antena pintar dari Amerika Syarikat, Martin Cooper. Cooper adalah pengasas Array Communication dan juga Pengarah Korporat Penyelidikan dan Pembangunan Motorola.

Pada 17 Oktober 1973, paten dan hak intelek sistem radio telefon (tanpa wayar) berjaya didaftarkan oleh penciptanya, Martin Cooper. Ketika itu Cooper berusia 45 tahun (lahir 1928 di Chicago, Illionis). Selepas kejayaan tersebut, Cooper disahkan sebagai orang pertama mereka telefon tanpa wayar dan membuat panggilan ke New York (3 April 1973). Cooper berkongsi kegembiraan itu dengan pesaingnya, Dr Joel S Engel, Ketua Penyelidik Makmal Telekomunikasi Bell.

Ciptaan Cooper itu telah merintis kepada permintaan pasaran terhadap peralatan telekomunikasi tanpa wayar, yang kemudiannya semakin dipertingkatkan kualiti termasuk pengecilan saiz dan kemampuan menggunakannya. Kita mungkin ingat pada suatu ketika, hanya orang kaya dan saudagar besar sahaja yang menggunakan telefon mudah alih (telefon selular) yang kita panggil ATUR (Automatic Telephone Using Radio). Ia bukan sahaja mahal bahkan cukup berat untuk dibawa ke mana-mana, sebab itulah ramai yang memasangnya di dalam kenderaan.

Kita mungkin pernah mendengar, tokoh pelayaran solo negara, Datuk Azhar Mansur pernah menggunakan sistem tersebut ketika melakukan misinya mengelilingi dunia merentasi samudera di Lautan Atlantik pada tahun 1999. Azhar, memulakan pelayarannya pada 2 Februari dan terpaksa menangguhkan beberapa hari di Cape Horn, Amerika Selatan kerana tiang layar bahtera Jalur Gemilang patah. Bagaimanapun, setelah tiang layar baharu digantikan, Azhar berjaya menamatkan pelayaran tersebut pada 11 Ogos 1999 dalam tempoh 190 hari dan melakukan pelayaran sejauh 21,760 batu nautika. Asalnya, Azhar dijangka mampu melakukan dalam tempoh kurang 90 hari. Setiap pergerakan dan perkembangan Azhar diselia oleh World Sailing Speed Record Council, dan dilakukan menerusi perhubungan tanpa wayar menerusi telefon selular.

Telefon selular menggunakan kuasa bateri, yang boleh dicas sama ada menggunakan elektrik ataupun kuasa solar. Bagaimanapun, setakat ini pengecajan bateri menggunakan tenag solar masih belum digunakan secara meluas, mungkin kerana kos peralatannya masih tinggi. Bateri telefon menggunakan lithium ion, cadmium ion dan cobalt oxide. Bahan tersebut merupakan hasil proses nadir bumi (rare earth). Isu nadir bumi cukup kontroversi. Berpuluh tahun sebelum Lynas, isu nadir bumi pernah menggemparkan politik Malaysia apabila ada cadangan untuk membina kilang memprosesnya di Bukit Merah, Perak pada awal tahun 1980-an.

Nadir bumi merupakan bahan yang sangat diperlukan dalam bidang teknologi, termasuk kegunaan dalam bateri handphone, bateri jentera hibrid, teknologi pengimejan (kamera, x- ray, resonan magnetic dan sebagainya), teknologi pencahayaan (LED, fotografi, kualiti visual dalam teknologi televisyen, paparan cecair kristal (liquid crystal display) dan sebagainya.

Selepas kejayaan menghasilkan telekomunikasi tanpa wayar, Cooper berhadapan dengan cabaran untuk mengecilkan lagi alatan itu agar ia mudah dibawa. Ia kemudiannya dapat dihasilkan dan mula dijual dengan harga USD 3,995 (RM 16,539 berdasarkan nilai tukaran sekarang) mulai 21 September 1983, yakni sepuluh tahun selepas Cooper kejayaan pertamanya. Peralatan itu dijual menggunakan jenama Motorola dan ini menjadikan Cooper kurang terkenal walaupun beliau adalah penemu terawal. Ketika itu, hayat bateri telefon hanya mampu bertahan selama 20 minit (bercakap) dan beberapa jam dalam keadaan stand- by.

Handphone mencapai perkembangan menarik apabila Amos Joel Jr berjaya mencipta teknologi pensuisan (switching). Sitem tersebut telah membolehkan penyambungan signal berlaku walaupun berubah tempat, dan membentuk sebagai bentuk sistem pengaturan (programming). Switching telah membolehkan pengguna handphone berpindah tempat, kedudukan, rangkaian atau peyambungan dan ia mampu mengatasi masalah terputus signal. Ertinya, kita masih boleh bercakap dan berinteraksi walaupun berpindah dari kawasan terbuka ke dalam kenderaan. Teknologi itu dipanggil 1G (First Generation) dan menggunakan kaedah analog atau dikenali dengan istilah AMPS (Asessment of Motor and Process Skills atau Advanced Mobile Phone System). Ia menggunakan frekuensi (gelombang udara mikro) 825Mhz-894Mhz dan dioperasikan pada Band 800Mhz.

Sekitar awal tahun 1990-an, muncul pula teknologi 2G yang menggunakan sistem CDMA (Code-division Multiple Access) di Amerika Syarikat manakala di Eropah menggunakan sistem GSM (Global System for Mobile Communication). Sistem ini mula membabitkan penggunaan visual sebagai mesej dan teks sebagai bentuk perhubungan, yang dikenali sebagai SMS (sistem pesanan ringkas).

Di akhir rejim 2G, teknologi telekomunikasi mula dirangkumkan dengan audio, teks dan visual yang dalam konteks komunikasi dipanggil MMS (multi media service). Ia mula membawa kepada teknologi digital yang mula diperkatakan pada peringkat awal 3G Sejak dari itu, teknologi komunikasi berkembang begitu pesat sehingga berlakunya percantuman audio dan visual (convergence) yang telah memungkinkan perubahan besar teknologi komunikasi pada akhir rejim 2G. ((Nicholos Negroponte, Being Digital, New York: Alfred A Knopf Inc., 1995).

Kini, dunia telekomunikasi menggunakan teknologi 4G secara meluas dan dalam tempoh yang singkat akan bertukar kepada 5G. Teknologi 6G sedang dibangunkan walaupun teknologi 5G belum menemui batas permulaan untuk dilaksanakan. Persiapan kea rah itu sedang dibuat, kerana ia membabitkan pembinaan infrastruktur dan keperluan perkasasan yang sesuai. Hal ini menyebabkan dunia telekomunikasi (gabungan antara teknologi komputer dan perisian, pengimejan dan kapasiti transistor) cukup cepat berubah, tidak lagi mengikuti hukum 18 sebagaimana dirumuskan pada 1980-an.

Dekad kedua Abad ke-21, Amerika Syarikat yang merupakan pelopor teknologi komunikasi bergerak (mobile communication), internet, perisian dan perkakasan mula rasa tersisih daripada perlumbaan dan penyelidikan teknologi apabila China semakin agresif melakukannya. Rasa khuatir itu berlaku berikutan bertambahnya pembabitan China dalam pelaburan asing, pembelian syarikat-syarikat milik firma barat dan keupayaannya untuk memproduksikan produk dengan kos yang lebih murah.

China cepat belajar daripada barat, termasuklah ketika negara itu hanya mengeluarkan produk barat menerusi kontrak tertentu. Itulah sebabnya, jenama Apple sebenarnya diproduksikan di China, tetapi, dihantar balik ke USA untuk diberikan ‘nyawa’. China mula mengeluarkan produknya sendiri, akhirnya produk China mencapai tahap kualiti setanding walaupun harganya lebih murah daripada produk Eropah atau Amerika Syarikat. Keadaan tersebut menyebabkan Amerika Syarikat merasa curiga, termasuklah kebanjiran pekerja-pekerja teknologi di Lembah Silikon. Pekerjanya datang dari China, India, Iran dan sebagainya.

Akibat kebimbangan itu, Donald J Trump melancarkan Perang Perdagangan (2018). Langkah pertama ialah mengenakan tariff berganda terhadap produk dari China, kemudian diikuti dakwaan peneraju telekomunikasi dari China, Huawei Technologies membabitkan kerja- keraja pengintipan menerusi peralatan telekomunikasi yang dikeluarkan. Huawei yang ketika itu cukup mencanak jualan handphone (pada suatu keadaan hampir merampas kedudukan Samsung), peralatan jalur lebar (broadband) dan pembangunan teknologi 5G lebih cepat dari Amerika Syarikat sendiri, menyebabkan dakwaan pengintipan oleh Huawei dikeluarkan. Akhir 2018, anak pengasas Huawei, Meng Wanzhou ditangkap. Beliau hanya dibebaskan pada bulan September 2021 setelah kedudukan perniagaan telekomunikasi jatuh ke tangga ke-10 pada tahun 2019.

Kejatuhan itu disebabkan tindakan drastik Trump. Dakwaan mengintip dan melarang firma- firma Amerika Syarikat meneruskan kerjasama dengan Huawei. Huawei turut dihalang menggunakan teknologi perisian android dan google. Tetapi, ini tidak bermakna jenama atau produk jenama China tidak mampu menggantikan Huawei, bahkan China masih mempunyai berpuluh jenama telefon bimbit, antaranya: Oppo, Honor, Leagoo, Lenovo, Meizu, Vivo, Xiaomi, Zopo dan ZTE. Kini sistem pengoperasiannya semakin canggih, bahkan boleh menyaingi keluaran Apple dan Samsung.

Selain didijadikan senjata perang politik oleh Amerika Syarikat, Trump mahu American Great Agains enggan melihat negara itu tergelonsor sebagai kuasa ekonomi dunia setelah China berjaya memintas Jepun. Trump masih mahukan jenama handphone dan teknologi telekomunikasi Amerika Syarikat dimanfaatkan dan diperluaskan ke seluruh dunia, tetapi, firma-firma Amerika Syarikat berhadapan dengan tenaga pakar yang mencukupi, sebahagian besarnya dimiliki oleh rakyat China, rakyat Iran, India dan Bangladesh. Mereka semakin menguasai bidang tersebut, termasuk pembangunan kandungan kreatif. Ini dapat dilihat mengenai kemampuan Tik Tok, yang hingga sekarang gagal dibeli ole firma Amerika Syarikat. Pemiliknya, enggan menjualnya.

Joe Biden menukarkan strategi, Donald Trump telah gagal mengawal atau menyekat China, maka ia memerlukan pendekatan yang berbeza. Joe Biden enggan berunding dan berbincang, tetapi menggunakan sekutunya agar berhati-hati dengan China. China dan Rusia mempunyai hubungan yang menarik, dan saling membantu berhadapan karenah geopolitik yang dicaturkan oleh Amerika Syarikat.

Usaha Trump menggambarkan China sebagai punca COVID-19 menemui kegagalan eskipun awalnya, muncul keengganan mendekati keturuan CIna walaupun rakyatnya sendiri, kerana wabak itu diberitakan hasil rekayasa sebuah makmal penyelidikan di Wuhan. Virus itu dikatakan dicuri oleh dua orang saintis China, yang kemudiannya dijadikan sebagai senjata untuk mengawal populasi negara tersebut. Trump akhirnya terpaksa akui, COVID-19 adalah real apabila dirinya ikut terjangkit dan perlukan kuarantin manakala kes meningkat mendadak.

Sehingga 15 April 2022, di Amerika Syarikat mencatatkan kes kumulatf tertinggi iaitu 82,316,348 jangkitan dan 1,015,451 kes kematian, kekal untuk beberapa bulan berada di tangga teratas.   China kes jangkitan baharunya semakin menurun, bahkan kedudukannya telah turun ke tangga ke-111 (kumulatif kes ialah 182,293 dengan 4,638 kematian). Ia telah mencabar program kesihatan Amerika Syarikat dan dasar pentadbiran Rumah Putih dalam menangani COVID-19. Kes harian, pada 15 April 2022 membuktikan bahawa Amerika Syarikat masih berada di hadapan China, iaitu dengan 7,235 kes berbanding China 3,529 kes. China juga diisytiharkan penyumbang terbesar bekalan vaksin bagi membolehkan beberapa negara mencapai  herd imunity.

Amerika Syarikat mempromosikan kebencian terhadap Rusia – Russophobia, bukan hanya Vladimir Putin bahkan apa yang sahaja yang dapat dikaitkan dengan Rusia, termasuk bahasa, budaya dan entiti perniagaan milik individu dan negara Rusia. Amerika Syarikat turut memaksa Jerman untuk tidak mengimport minyak dan gas dari Rusia, yang sejak bertahun- tahun membelinya dari Rusia. Jerman juga telah menyiapkan saluran gas, Nord Streams 2, bagi meningkatkan import gas. Kini, Jerman mengimport 40 peratus keperluan bahan bakarnya daripada Rusia. Kos pembinaan Nord Stream 2 sebanyak USD $2 bilion ditanggung oleh Jerman, tetapi sedang ditekan untuk tidak membelinya. Bagaimanapun, Jerman akur dengan tekanan Amerika Syarikat, tetapi, untuk tempoh selanjutnya, negara itu akan berhadapan dengan kekurangan bahan bakar. Dan, ia mungkin bakal menjejaskan ekonomi Jerman, yang juga ikut terjejas ekoran kekurangan pengeluaran cips untuk industri pemotoran oleh China.

Firma-firma telekomunikasi dan perisian handphone Amerika Syarikat turut diminta untuk mengehadkan operasi mereka dengan entiti Rusia. Amerika Syarikat yang takut dengan bayang-bayang kejahatannya sendiri, telah mencipta perang di ruang luar daripada negaranya, atas alasan demokrasi dan kebebasan palsu. Tetapi, Amerika Syarikat hanya sekadar mengeluarkan suara, mengenakan tekanan dan tidak sanggup lagi membabitkan diri secara langsung berperang. Amerika Syarikat sangat takut akan mengulangi kegagalannya di Vietnam dan Afghanistan. Amerika Syarikat lebih gemar menggunakan NATO- North Atlantic Treaty Organization – untuk menekan Rusia, dan menghantar bantuan senjata ke Ukraine untuk berperang dengan Rusia.

Ukraine merupakan sebahagian wilayah yang pernah dikuasai oleh Rusia, dan sebahagian rakyatnya lebih mahukan dekat dengan Rusia berbanding mereka yang menguasai kepimpinan politik. Namun, media barat terus mempropagandakan bahawa Rusia sedang melakukan pembersihan etnik di Ukraine. Jelas media barat memperlihatkan sikap dan pendirian berbeza kerana enggan mendakwa Israel melaksanakan pembersihan etnik Palestin sejak tahun 1967 lagi. Vladimir Putin dituduh sedang berusaha membina semula tzar untuk dirinya, dan kerana itu Joe Biden sudah menelanjangkan dosanya sendiri apabila berkata sedang berusaha menyingkirkan Putin dari terus menguasai Rusia. Apakah Joe Biden akan campur tangan atau membantu menjatuhkan Putin bila pilihan raya presiden diadakan? Amerikakah yang menentukan atau rakyat Rusia.

Tahun 2014, Amerika Syarikat menggunakan NATO untuk menimbulkan suasana tegang di Ukraine. Dalam isu terbaharu, beberapa hari sebelum Rusia memasuki Ukraine, dua wilayah tidak mahu dikuasai Kyiv dan tidak menjadi kesalahan bilan Putin memberikan kemerdekaan. Ini kerana wilayah tersebut pernah berada di bawah naungan Rusia sebelum dipecahkan oleh gelombang liberalisme barat pada tahun 1991. Joe Biden tidak sepatutnya campur yangan atau menekan Rusia, kerana kemerdekaan dua wilayah itu tidak ada kaitan sejarah sedikit pun dengan imperialisme Amerika Syarikat.

Telah diketahui umum, Amerika Syarikat cukup cekap menggunakan pelbagai organisasi antarabangsa untuk menyempurnakan impiannya, termasuk Majlis Keselamatan Bangsa- Bangsa Bersatu. Amerika Syarikat misalnya pernah mengambil keputusan keluar daripada keanggotaan Majlis Keselamatan PBB keputusan undian tidak berpihak kepada Israel. Donald Trump pernah mengancam untuk menyekat dana kepada WHO, dan UNICEF kerana marahkan keputusan tersebut. Jadi, agak aneh apabila kali ini Amerika Syarikat berjaya menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk menekan Rusia dan menghina Putin.Sepatutnya, Amerika Syarikat gunakan forum itu untuk menekan Israel agar mengentikan penjarahan dan penghapusan etnik di Palestin, bukan mendakwa Putin sedang melakukannya ke atasa Ukraine.

Amerika Syarikat tidak serius dalam menyediakan pelan damai Palestin-Israel, sebab itulah Isreal tidak hairan yang realsi masyarakat antarabangsa. Mereka boleh berpendirian apa sahaja, kerana yang penting terus dilindungi oleh Amerika Syarikat dan diveto bila keputusan adalah merugikan.

Di tengah-tengah persoalan tersebut, bersediakah kita mengubah tragedi insan itu menjadi sesuatu yang real dan bangkit menentang hegemoni media barat? Bolehkah kita menggunakan handphone untuk menyatakan kemarah itu biar Joe Biden dengar, faham dan lebih sedar kebobrokan politiknya. Atau, apakah kita sedang membantu media Amerika Syarikat memperluaskan kebohongan dengan berkongsi berita-berita sebegitu: Mengutuk dan mengecam Putin. Setiap kejahatan, pencerobohan wajib kita kecam, bukan memilih atau berpihak kepada negara-negara tertentu kerana terorisme sekarang membibatikan sebagai aktor dan perancang utama.

Kadangkala kita melupakan ‘keindahan tidur bersama sebagai pasangan suami isteri’, kita sendiri sedang merobohkan makna kasih sayang, lebih bersedia menggenggam handphone daripada memeluk atau menyentuh pasangan masing-masing. Kita tahu, makna dan hebatnya kesan sentuhan (touching atau human touch) tetapi kenapa enggan berbuat demikian? . Fikirkan, apa makna dan kesan psikologi sentuhan telah berjaya kita pindahkan kepada skrin sentuh (touch screen)? Apakah kita sudah meliharnya sebagai suatu kemestian dan memuncak rasa seronok?. Apakah kita sudah kehilangan testoron atau estrogen tatkala bersentuhan malah lebih tergiur dengan sentuhan skrin? Bukan itu bermakna, seronok dengan sentuhan skrin adalah mereka yang berada dalam situasi menopaus dan andropaus.

Kita tahu, keseronokan itu hanyalah ilusi atau palsu. Ia membawa erti bahawa kehidupan semakin dilipat-lipatkan (dalam Kajian Budaya/Cultural Studies), dunia yang semakin kendur dengan makna keinsaniahan. Sedangkan hal ini, sudah beribu tahun digagaskan oleh agama, kerana itu Islam hadir sebagai cara hidup untuk meningkatkan harkat kemanusiaan menerusi pemantapan akidah, bukan dikuasai oleh syaitan dan pesona dunia. (Amir Yasraf Piliang, Dunia yang Dilipat: Tamasya Melampaui Batas-batas Kebudayaan,  1998).

Kita sudah mengetahui, ada sebab yang berkait dengan ‘kelemahan insaniah’ kerana terlalu cenderung dikawal oleh kecanduan media sosial, sehingga kita membentuk de-Viocing Society, masyarakat yang hanya lantang bercakap dan sangat pintar ketika berada di alam maya, tetapi, cukup hipokrit bila bersemuka. Ia adalah sebuah masyarakat yang sedang menuju kemusnahan. Apa yang musnahnya? Yang paling parah ialah etika dan keadaban.

Ya! Kita mungkin cukup kenal dengan hal yang sedemikian. Kini sedang berlegar isu yang boleh menukarkan nilai baik (reality) menjadi nilai persepsi. Cuba kita lihat kes yang membabitkan seorang kanak perempuan sindrom down yang bernama Bella. Kita tidak perlu menunggu kepada kesimpulan akhir yang akan ditentukan oleh mahkamah, kita hanya sekadar melihat bagaimana hilangnya nilai insaniah. Kanak-kanak itu (13 tahun) dihukum, dizalimi hanya kerana ‘mencuri makanan’ atau mematahkan penyangga langsir.

Adakah ia setimpal dengan kesalahannya? Kanak-kanak itu adalah orang kelainan upaya. Akal fikirnya tidak sempurna, bahkan melihat wajahnya kita rasa simpati. Kanak-kanak kelainan upaya itu adalah ‘anak syurga’, maka kita perlu kesabaran yang tinggi untuk menanganinya. Saya tidak tahu apa yang menganggu pengasas Rumah Bonda tersebut untuk bertindak sekejam itu. Soal wajar atau tidak hukuman itu telah membangkitkan persepsi marah. Kini, netizen semakin marah apabila seorang peguam menularkan hujah-hujah pembelaannya, yang sepatutnya tidak ditularkan menerusi media sosial. Maka muncul pula pertanyaan: Apakah peguam itu sedang memprojekkan imejnya dalam pembelaan Siti Bainun yang ‘naik hantu’ itu? (Berita Harian, 15 April 2022).

Ya! Sekarang ini ada macam-macam ‘gila’ di media sosial, yang kita bawa ke sana ke mari – ke masjid, ke bilik air, bilik tidur, ke pejabat, ke kelab malam, ke Pasar Ramadhan, ke pasar raya, ke kandang kambing atau ke reban ayam- sebab itulah setiap pergerakan, apa yang disaksikan dan lagak tertentu dirakamkan sebagai kaedah mendongak sohor. Apakah terfikir, bukankah cara itu menunjukkan akal budi kita sendiri? Apakah akal budi itu adalah sesuatu yang cukup menjadikan kita insan terbaik atau intan terpilih? Jangan-jangan keghairahan sedemikian menjadikan kita manusia yang terperangkap, terpengaruh dan dipengaruhi syaitan. Sesungguhnya, syaitan akan dan sentiasa hadir dalam pelbagai wajah dan penyamaran, kerana semakin maju teknologi semakin taksub manusia. Manusia semakin melupakan bahawa teknologi itu sebenarnya alat yang dapat membantu kita menjadi lebih baik, bukannya membawa kita kepada kehancuran: imej dan perilaku.

Gunakanlah teknologi untuk kebaikan. Gunakan handphone untuk benar-benar bersilaturrahim bukan berselerakan interaksi, muncul buli membuli, fitnah memfitnah, cabar mencabar sehingga niat yang baik bertukar menjadi gelora persahabatan. Cukuplah, jangan menambah dosa dan salah guna handphone. Jangan kerana taksub kita sebenarnya sedang membayar mahal melakukan dosa. Kita membayar bil handphone, bermakna kita juga ikut membayar saham dosa.

Kamarun KH

Translate »