Salah satu nikmat terbesar yang diberikan Allah SWT kepada makhluknya, khususnya manusia, adalah diturunkannya kitab suci al-Qur’an. Al-Qur’an menuntun manusia ke jalan yang diridhai Allah SWT.

Pakar tafsir al-Qur’an yang juga Dewan Pakar al-Qur’an pada Pusat Studi al-Qur’an (PSQ), Prof KH Ahsin Sakho Muhammad menerangkan, manusia secerdas apa pun tidak akan dapat mengatur persoalan kehidupan yang begitu kompleks. Kehidupan tidak hanya meliputi kehidupan lahiriah, tetapi ada dimensi batiniah atau ruhaniah. Akal fikiran manusia pun tak mampu menjangkau hal-hal yang berkaitan dengan keghaiban.

“Karena kasih sayang Allah SWT kepada kita semua, Allah menurunkan al-Qur’an al-Karim yang berisi berbagai macam hal yang menyangkut kebaikan manusia, baik kebaikan lahir mahupun kebaikan batin, kebaikan dunia mahupun akhirat,” kata Kiai Ahsin dalam pengajian virtual bertema “Letak Keberkahan al-Qur’an” yang juga disiarkan akaun Youtube Pesantren Bayt al-Qur’an-Pusat Studi al-Qur’an, belum lama ini.

Dijelaskan, jauh sebelum al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, sejatinya al-Qur’an telah ada dan tersimpan dengan baik di Lauhul Mahfuz. Sebagaimana ditegaskan dalam surat Al Buruj ayat 21-22.

Al-Qur’an diturunkan bersamaan diutusnya nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Kiai Ahsin mengatakan, hal itu merupakan keputusan atau iradhat Allah SWT. Segala yang menjadi keputusan dan kehendak Allah SWT adalah yang terbaik. Umat Nabi Muhammad SAW pun menjadi umat terpilih untuk membawa amanah kalamullah yang agung, iaitu al-Qur’an al-Karim.

Kerana al-Qur’an adalah kitab suci yang diturunkan untuk keselamatan manusia, baik dunia mahupun akhirat, Kiai Ahsin mengatakan, al-Qur’an pun mempunyai berbagai konten (kandungan atau perkara). Salah satu di antaranya adalah bahawa al-Qur’an itu kitab yang penuh berkat.

Apa itu keberkatan? Dia menerangkan, keberkatan adalah banyaknya kebaikan pada sesuatu dan menetapnya kebaikan itu pada sesuatu. Apabila keberkatan itu hinggap pada ilmu maka ilmunya menjadi berkat. Apabila keberkatan itu hinggap pada tempat maka tempatnya menjadi berkat. Apabila hinggap pada umur, umurnya pun menjadi berkat; walau pendek, umurnya begitu bermanfaat bagi masyarakat.

Allah  SWT telah memberikan gambaran tentang keberkatan itu. Masjidil Aqsha itu adalah masjid yang penuh berkat. “Masjidil Aqsa dan negeri-negeri sekitarnya penuh dengan keberkatan. Banyaknya (ramainya) nabi yang diutus oleh Allah di sekitar Palestin di Syam itu menunjukkan keberkatan dari tempat. Baitullah, Ka’bah, atau Masjidil Haram juga keberkatannya besar sekali,” ujar Kiai Ahsin.

Lalu, bagaimana dengan al-Qur’an? Allah SWT menegaskan tentang keberkatan al-Qur’an pada surat al Anam ayat 92:

Dan ini (al-Qur’an) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkati; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Makkah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orangorang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (al-Qur’an) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.”

Kiai Ahsin menerangkan kata mubarakun yang menunjukkan erti bahawa jangkauan dari keberkatan al-Qur’an itu sangat luas. Kerana itu, untuk memperoleh keberkatannya, seseorang haruslah berinteraksi dengan al-Qur’an.

Seseorang yang berinteraksi dengan al-Qur’an tidak akan mendapat kekecewaan sedikit pun. Sebaliknya, orang tersebut diliputi keberuntungan, bahkan hingga di alam akhirat. “Orang yang senantiasa berinteraksi dan cinta dengan al-Qur’an maka akan dibangkitkan dengan al-Qur’an dan memperoleh syafaat,” ujar dia.

Kerana itu, Kiai Ahsin mengajak umat Islam senantiasa mengisi hari-hari dengan al-Qur’an. Mulai dari lingkungan keluarga mahupun lingkungan pertemanan. Bahkan, akan lebih baik lagi bila dapat mempelajari kandungan al-Qur’an.

Sumber: https://www.republika.co.id/kanal/islam%20digest/islam-digest

Translate »