Menurut Kang Jalal, seseorang akan tetap dipertanggungjawabkan di atas kelalaian dan insiden yang berlaku, misalnya kemalangan yang diakibatkan oleh seorang pemandu trak. Begitu juga dengan seorang arkitek, ia akan dipersoalkan apabila bangunan yang direkabentuknya bermasalah, dan hal ini pernah berlaku di Malaysia apabila 31 daripada 33 tiang yang menyangga Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRRII) sehingga terjadinya beberapa rekahan (seolah-olah ia tidak lagi selamat digunakan).

Biarpun ada dakwaan bahawa pengguna MRRII perlu bertanggungjawab kerana ‘terlebih muatan’, yang dipersalahkan ialah kontraktor yang membinanya, iaitu Sukmin Sdn Bhd, dan dipertanggungjawabkan untuk membaikinya. Kos pembaikian itu mencecah RM 102.32 juta dan kerajaan memfailkan tuntutan ganti rugi kepada kontraktor terbabit.

Dalam Islam Aktual: Refleksi Sosial Seorang Cedekiawan Muslim (1991) walaupun diakui hanya percikan pemikiran untuk keperluan media massa, hasil penelitian yang tidak mendalam, ia turut berjaya merungkaikan beberapa kesimpulan baharu terhadap amalan dan praktis yang selama ini dilihat betul dan tepat.

Misalnya mengenai amalan puasa As-Syura, Menerusi metod kritik matan hadis (Ibnu Abbas), ia adalah sesuatu yang tidak jelas asal muasalnya, dan ia membangkitkan semula keinginan ilmuan Islam untuk menerokai kitab-kitab lama (turath atau kitab kuning) sebagai sanggahan tersebut, termasuklah kritik matan hadis yang digunakan oleh Jalaludin Rakhmat. (lihat dan bandingkan perbincangan dalam,  https://santricendekia.com/kritik-terhadap-pandangan-jalaludin-rakhmat-tentang-puasa-asyura ).

Ketika membahaskan pembabitan Kang Jalal dalam bidang dakwah, Mudrik Al-Farisi, pensyarah Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nagawi, “satu di antara cendikiawan Muslim Indonesia yang memiliki komitmen dengan dunia dakwah. Ia seorang doktor di bidang politik … namun sehari-hari dikenal oleh masyarakat luas sebagai mubaligh atau ustad dan ahli komunikasi dibanding sebagai ahli politik atau politisi. Ia lebih memilih menjadi seorang penyeru kebaikan ketimbang terjun ke dunia politik. Ini dilakukan karena dakwah sudah menjadi cita-cita dan pilihan hidupnya, mengingat ayahnya juga seorang ajengan atau kiai di kampungnya, pernah digandrungi dan menjadi semacam bacaan wajib para aktivis muslim di berbagai kampus.

Sebagai seorang mubaligh, Jalaluddin Rakhmat bisa disebut sebagai “dai plus” atau “dai yang lengkap”, karena ia memiliki kemampuan bahasa yang lengkap, yakni bahasa tulis dan lisan yang sama-sama baik. Ia mampu mengartikulasikan pesan-pesan dakwah melalui lisan di hadapan para audiensnya maupun melalui tulisan-tulisan yang dipublikasikan lewat buku, koran dan majalah. 

“Selain itu Jalaluddin Rakhmat bukan saja memiliki pemahaman ilmu-ilmu keIslaman yang baik seperti al-Qur’an, hadis, fiqih, dan tarikh, tetapi juga memiliki keahlian dalam ilmu komunikasi, psikologi, sosiologi, dan politik. Ia juga memiliki kemampuan dalam berbahasa Arab, Inggris, Prancis, Persia, Belanda dengan baik, di samping bahasa Sunda, Indonesia, dan Jawa.” ( Mudrik Al-Farizi, “Instrumen Dakwah Menurut Jalaluddin Rakhmat” dalam Al-Masbut: Jurnal Studi Islam dan Sosial, Vol. 12 No.2, September 2018).

Jalaludin Rakhmat digambarkan sebagai manusia sangat cintakan buku, bahkan adalah perkara biasa apabila di perpustakaan ada arahan ‘jangan simpan buku-buku yang bertimbun di atas meja’ kerana ia akan disambung semula pembacaannya. Timbunan buku-buku itu adalah bahan rujukan yang sedang baca oleh Kang Jalal, sama ada untuk sebuah kertas kerja, projek penulisan buku dan juga artikel yang sedang dipersiapkan.

Buku adalah ‘aset’ yang paling berharga bagi Jalaludin Rakhmar sebagaimana diberitahu oleh putera sulongnya,  Usmif: “Bagi Bapak, surga adalah tempat yang dipenuhi banyak buku untuk dibaca.” Kang Jalal pernah memberitahu kepada para pelajarnya, bagaimana dirinya sangat teruja untuk memperoleh buku-buku terbaru di mana-mana sahaja:  ada yang dipesannya secara online, walaupun pada suatu ketika, perkhidmatan internet tidak secanggih kini; da nada juga dikirimkan melalui para pelajar yang sedang belajar di luar negara selain membelinya ketika kesempatan ke luar negara.

Atas sebab kebolehan dalam pelbagai bahasa, Kang Jalal lebih gemar memiliki versi asal buku-buku berkenaan ketimbang terjemahannya.  Di atas keluasan minda dan kecerdasan fikirannya, Jalaludin telah menghasilkan beberapa buah buku yang cukup menjadi rujukan baik dalam pemikiran Islam, jalan sufi mahupun dalam bidang komunikasi. Bukunya yang penting dalam bidang komunikasi Psikologi Komunikasi, yang pada asalnya sebagai pembinaan kurikulum komunikasi di Universitas Padjajaran sekembalinya daripada Amerika Syarikat.  Buku ini menunjukkan betapa multidisiplinnya kajian komunikasi, dalam ilmu-ilmu sosial, kemanusiaan, teknik dan juga sains.

Mula diterbitkan pada tahun 1985, sehingga sekarang, keluasan dan relevannya pandang Kang Jalal dalam bidang tersebut masih diterima di mana ia sudah puluhan kali diulang cetak. Ia dikategorikan sebagai master piece Jalaludin Rakhmat. Selepas itu (1992), diterbitkan Retorika Modern ;  Rekayasa Sosial: Reformasi atau Revulosi (1999); Belajar Cerdas Berbasiskan Otak (2005) selain dalam  bidang pemikiran agama (sufisme, peradaban dan akhlak) yang cukup menarik pembacaan awam.

Antaranya, Islam Alternatif (1986), Islam Aktual (1991), Renungan-Renungan Sufistik (1991), Catatan Kang Jalal (1997), Reformasi Sufistik (1998), Jalaluddin Rakhmat Menjawab Soal-Soal Islam Kontemporer (1998), Meraih Cinta Ilahi: Pencerahan Sufistik (1999), Tafsir Sufi Al-Fâtihah (1999), Rindu Rasul (2001), Dahulukan Akhlak Di Atas Fikih (2002), Psikologi Agama (2003), Meraih Kebahagiaan (2004),  Memaknai Kematian (2006), Islam dan Pluralisme, Akhlak Al-Quran dalam Menyikapi Perbedaan (2006).

Jalaludin Rakhmat mula tertarik dan menekuni tasauf setelah hadir di sebuah pertemuan di Colombia, Amerika Syarikat pada tahun 1984 bersama-sama Haidar Bagir dan Endang Saefuddin. Di kesempatan itu Kant Jalal bertemu dengan ramai pemikir dan pengamal sufi daripada pelbagai belahan dunia, termasuk Iran, yang dikatakan tempat tumbuh subur tradisi kesufian bersama-sama Iran dalam tradisi peradaban Parsi Islam. Dua negara tersebut, merupakan lokasi kelahiran ramai pengamal  tasauf dan sufi besar, misalnya al-Ghazali (1058-1111), Jalaludin Rumi (1207-1273), Bayazid Bastani (804-874), Sa’id Nafisi (1896-/) dan Farid ud-Din Attar (nama asalnya Abu Hamid bin Abu Bakr Ibrahim, juga dikenali sebagai Attar Nishaburi 1145/1158-1221).

Ia kemudiannya membawa Kang Jalal merantau ke Iran dan pada tahun 1993 beliau membuat kajian mengenai pemikiran Ali Shari’ati (1933-1977, seorang ikon Revolusi Iran) yang kemudiannya menggerakkan ‘virus spiritual’ dalam beberapa penulisannya. Virus spiritual itu dikenali sebagai sufistik dan lahirnya beberapa karya yang cukup kuat dengan nalar sedemikian, seperti Reformasi Sufistik (1998), Meraih Cinta Ilahi: Pencerahan Sufistik (2000), The Road to Allah (2007), dan Jalan Rahmat: Mengetuk pintu Tuhan (2011)

Jalaludin Rakhmat turut memperkembangkan ‘jalan tasauf’ agar tidak terlalu terarah kepada tarekat dengan mengambil gagasan para sufi  dalam usaha membangun masyarakat madani.  Jalan sufi yang dipilihnya, dengan menggali ruang-ruang  pertemuan (interaksi) antara mazhab dan agama sehingga kita mengenali makna dan idea  pluralisme dan etika sosial. Dalam memahami keperluan tersebut, Jalaludin Rakhmat menulis pemikirannya dengen tema humanis seperti Dahulukan Akhlak di atas Fiqih (2002), Psikologi Agama (2003) dan Islam dan Pluralisme (2006).

Sebagai pengisian pendidikan spiritual, pada tahun 1994 beliau memulakan ‘spiritual camp’ untuk para pelajar di SMU Munthahhari dan juga dalam kuliah pagi mingu di masjid yang berdekatan dengan rumahnya, Masjid al-Munawarah. Ia berjaya membangkitkan empati dan dimensi spiritual dalam memperjuangkan mastadh’afin (mereka yang terpinggir) dengan pesan  “Kita dapat menemukan Tuhan dalam pengkhidmatan kepada sesama,”

Para pelajar juga di bawa ke kawasan terpencil di mana pada pelajarnya akan berbincang isu-isu yang dikaitkan dengan kemanusiaan dan juga kebangsaan. Di waktu siang, dalam acara perkhemahan tersebut, para pelajar dibahagian secara berkelompok dan juga ditempatkan di keluarga angkat bagi membantu pelbagai keperluan penduduk yang kurang mampu.

Ini menjadikan ramai pelajarnya mempunyai semangat kesukarelawanan termasuklah membimbing kanak-kanak di sekitar sekolah yang kurang bersemangat dan tidak mampu ke sekolah. Ia cukup menarik, kaedah belajar secara ‘didik hibur’ cukup meninggalkan kesan ‘berkhdimat sesama’ untuk membangunkan sebuah keperihatinan masyarakat terhadap ilmu dan pengupayaan diri agar daripada itulah lahirnya sebuah masyarakat madani.

Kaedah pembelajaran yang diterapkan itu bukanlah mudah, ia juga memerlukan kos pengurusan yang lebih besar dan pada tahun 1997, Jalaludin Rakhmat mendapat sokongan daripada kelas menengah untuk menaja para pelajar. Sokongan itu seterusnya mendorong Jalaludin Rakhmat mendirikan Sekolah Menengah Permulaan (SMP) Munthahhari dan as-Sajjadiyyah di Cicalengka, Bandung. Keutamaan adalah para pelajar daripada keluarga miskin, namun sambutan daripada para pelajar dari latar belakang kelas menengah juga sangat menggalakkan, tetapi, prinsip pendidikan yang diterapkan tidak ada perbezaan antara kelas, yang kemudiannya dipanggil kesetaraan pendidikan.

Dalam salah satu kenyataannya, Jalaludin Rakhmat berkata “obsesi saya yang lain, melihat SMP Mutahhari berdiri di seluruh pelosok tanah air sehingga anak-anak miskin tidak terputus aksesnya dari pendidikan. Mereka tidak bayar apapun, namun semua fasilitas disediakan dan tetap memperoleh pendidikan yang bermutu.”

Itulah antara sekelumit sumbangan Jalaludin Rakhmat yang dilakukan dalam pengupayaan pemikiran umat Islam Indonesia sepanjang hayatnya, biarpun, ada yang melihatnya sebagai satu yang cuba merombak ‘statusquo pemikiran’, perjuangan Allahyarham akan tetap memberikan dampak yang menarik dan besar dalam perubahan sikap dan cara berfikir masyarakat Nusantara.

Biarpun hampir semua sumbangannya terfokus di Indonesia, khususnya di sekitar Bandung, segelintir rakyat Malaysia turut memperoleh semangatnya menerusi pembacaan buku-buku yang ditulisnya, ataupun yang pernah mendapat didikannya di Universitas Padjajaran dalam pengkhususan Ilmu Komunikasi sejak akhir tahun 1970-an. Mata pelajaran Ilmu Komunikasi cukup diperkatakan kehebatannya menerusi didikannya di perguruan tinggi tersebut.

Secara jujurnya, saya ikut mengenali Ilmu Komunikasi secara tidak langsung daripada tulisan-tulisannya biarpun saya tidak pernah belajar di Universitas Padjajaran. Hasil tulisannya, cukup mudah difahami, maka itulah sebabnya ‘master piece’ itu tetap dijadikan rujukan oleh ramai pelajar sehingga sekarang.

Saya juga cukup berterima kasih kepada Jalaludin Rakhmat kerana tulisan-tulisannya telah membuka pemahaman awal saya terhadap sastera sufi, terutama idea-idea besar Jalaludin Rumi setelah membaca sebahagian besar buku-buku agama yang berbingkaikan idea sufi yang digarapnya. Ia juga mempengaruhi saya untuk membeli terjemahan 6 jilid Masnawi yang berharga RM 3,500 yang diterbitkan oleh ITBM (2011), tiga tahun selepas ianya diterbitkan (setelah berjaya menyimpan wang sebanyak itu).

Untuk renungan seterusnya, saya kembali mengutip apa yang ditulis oleh Jalaludin Rakhmat berdasarkan apa yang berlaku di antara Khalifah Harun Al-Rasyid (766-809) dan Abu Ali al-Fudahail bin ‘Iyadh (Abu Ali al-Fuhdail ibn Iyad ibn Mas’ud ibn Basyar al-Tamimi al-Yarbu’l al-Khurasani, meninggal 803/187H). (Bersambung)

 

KAMARUN KH

Translate »