Oleh:Mohd Shauki Abd Majid
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memainkan peranannya dengan berkesan sebagai pihak yang menjadi benteng pertahanan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara ini agar mazhab tersebut tidak diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu.
Jelas bahawa kesederhanaan yang dipamerkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kepercayaan dan amalannya berjaya menyatukan umat Islam dalam komuniti yang besar lagi majmuk dan ia berjaya dalam menyelesaikan masalah ketegangan agama dalam masyarakat Islam sehingga mewujudkan keharmonian yang berpanjangan.
Dalam pada masa yang sama kita menghadapi pelbagai serangan dengan kemasukan naratif-naratif sesat yg cuba mengugat akidah umat Islam dinegara ini yang majoritinya menganut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.
Justeru itu dalam konteks ini kita perlu kemukakan satu pendekatan iaitu Naratif Nusantara Asha’irah-Syafiyah-Ghazaliyah yg membina kerangka Epistemologi, Ontologi, Praksiologi dan Aksiologi kehidupan umat yg stabil dan berhikmah dlm mengungkapkan persoalan agama. Bukan dgn pendekatan gang-ho, terburu-buru, populis, retorik dan tidak kosmopolitan spt yg sedang berlaku ketika ini dinegara kita.
Inilah akibatnya bila artikulasi agama dibuat oleh mereka yang tidak memahami epistemologi, ontologi, praksiologi dan aksiologi yg mantap. Agama menjadi bahan lawak jenaka, agenda politik kepartian dan modal berniaga agama.
Memanglah tradisi Asha’irah-Syafi’iyah-Ghazaliyah tak sebut Epistemologi, Ontologi, Praksiologi dan Aksiologi tetapi hakikatnya itulah yg mereka bina dan sediakan untuk kita semua demi ketahanan, kestabilan dan kesinambungan umat dlm menghadapi cabaran pemikiran dan peradaban pada setiap zaman.
Dan yang menyedihkan agensi-agensi Islam saperti IKIM, GMM, IWM, IAIS dan IKSIM,Intitiut Wasatiyyah,Perkim,yadim dan lain-lain gagal menawarkan sbrg Naratif Islam yg boleh memandu visi dan imaginasi umat dlm kemelut semasa.Mereka masih bermain dgn konsep dan makna wasatiyyah yg tidak berakar atau berkembang dari tradisi Asha’irah-Syafi’iyah-Ghazaliyah yg sepatutnya.
Malah tiada satu pun agensi2 tersebut yg boleh dan berani mengungkapkan secara jelas tentang Naratif Nusantara sbg panduan atau gagasan kesejahteraan umat.Hakikatnya ia memerlukan kefahaman massa yg akan berakulterasi dgn norma dan dasar nilai dari naratif nusantara. Penghamparan pemikiran, kefahaman dan manifestasinya dlm penghayatan seharian baik cetusan fiqh, akhlaq dan lain-lain dari cernaan epistimologi, ontologi dan aksiologi terokaan Shafi’iyyah serta 3 mazahib lainnya, As Sya’ariyyah Wal Maturidiyyah hingga ke al Ghazali mesti mampu d rekayasa dan prakarsa d seluruh penjuru nusantara sebagaimana ianya memuncak sebelom kedatangan kolonialis kafir laknatullah.
Jelas apa yang kita lihat hari ini wujud pelbagai siri percubaan daripada beberapa individu atau golongan tertentu yang cuba memporak-perandakan fahaman yang telah lama diamalkan di negara ini dengan membawa fahaman-fahaman baharu yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamah.Mereka benar-benar mencabar kewibawaan pihak berkuasa agama.Mereka bergerak dengan licik sekali melalui pengedaran risalah-risalah secara tidak bertanggungjawab di sekitar masjid-masjid dan menyampaikan ceramah tertutup bagi menyebarkan fahaman mereka.
Dalam konteks negara kita Malaysia, para ulama dan cendekiawan Islam telah pun menegaskan perlunya Islam sebagai agama rasmi negara yang berpegang kepada pegangan Ahli Sunah Waljamaah.
Fahaman Ahli Sunah Waljamaah merupakan pegangan majoriti umat Islam sepanjang zaman yang merangkumi aliran salaf dan khalaf. Ia bersendikan empat mazhab, iaitu Hanafi, Maliki, Shafie dan Hambali.
Dan kita yakin dari segi kesepaduan budaya `akliah’ silam, melalui bahasa Melayu (jawi) yang merupakan lambang keutuhan jamaah Nusantara dengan Islam adalah hasil perjuangan ulama pembela dan penegak konsep Ahli Sunah Waljamaah.
Justeru, roh dan konsep Ahli Sunah Waljamaah harus dipertegaskan kembali. Para ulama harus mendekati semula hikmah ini. Dan menjadikan ia tapak ke arah kegemilangan berilmu dan berbudaya. Kita harus menegaskan bahawa Ahli Sunah Waljamaah bukan sekadar mazhab. Ia suatu konsep yang luas lagi murni dan berjaya menyerap hubungan persaudaraan dan kekuatan umat Islam.
Oleh demikian, adalah menjadi kewajipan kepada kerajaan dan semua rakyat Malaysia untuk membanteras gejala kerosakan dan pencemaran akidah ini sebelum ia menular dan sebati dalam kehidupan kita. Sesungguhnya gejala ini amat berbahaya bagi umat Islam dan keselamatan negara.
Kiranya pendekatan harmoni aswj ini, cuba diceruboh oleh pendekatan lain maka di khawatiri keharmunian dan kesejahteraan selama ini, akan hilang dan lesap dari masyarakat, dan budaya luar akan mencengkam dan mengambil alih tempatnya . Kemudian kenikmatan dan keharmunian yang kita kecapi selama ini, akan hilang dan sukar untuk kembali lagi.
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berjaya memartabatkan Islam daripada sebarang ancaman yang bersifat ideologikal dan mempunyai pengaruh yang mendalam dalam kalangan masyarakat nusantara sehingga proses penjajahan terpaksa akur dengannya.Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai kekuatan dalam budaya hidup masyarakat yang bersifat wasatiyyah berbanding dengan pelbagai aliran pemikiran lain yang berkembang dalam masyarakat Islam termasuk Hanabilah, Muktazilah,Wahabiyah mahupun Syiah. Fahaman-fahaman tersebut bukan sahaja keterlaluan dalam berakidah, bahkan menutup pintu ijtihad dan kejumudan.
Recent Comments