MENELURUSI sejarah peradaban manusia, sama ada berdasarkan zaman prasejarah hingga zaman moden kita akan menemui pelbagai muslihat yang digunakan oleh pemeluk agama Yahudi untuk melakukan pelbagai pengkhianatan. Pemeluk agama Yahudi bukan sahaja melakukan pengkhianatan kepada mereka yang tidak memeluk agama Yahudi, bahkan berusaha dengan gigih mengubah kandungan kitab-kitab suci agama dan membunuh nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Bani Israil.

Imran N Hosein (lahir 1942 di Trinidad), seorang pendakwah Islam yang cukup lantang dan berani mendedahkan kisah kejahatan Yahudi mengambil masa selama 27 tahun untuk menulis buku Jerusalem di Dalam Al-Qur’an (edisi bahasa Melayu 2009). Sebelumnya beliau menulis dua buah buku mengenai amalan riba yang ditentang oleh Islam dan menjadi satu kaedah Yahudi untuk menekan masyarakat bukan Yahudi dari segi ekonomi bila mana riba jarang dikenakan kepada penganut Yahudi, The Importance of the Prohibition of Riba in Islam (1997) dan The Prohibition of Riba in the Qur’an and Sunnah (1997). Akibat riba dibenarkan, Yahudi merupakan sekelompok manusia yang paling kaya dari segi ekonomi dan seterusnya menjadi ‘penguasa’ perjalanan ekonomi moden serta sangat berpengaruh.

Dalam 24 Protokol Zion (Zion ialah istilah yang merujuk kepada Baitul Maqdis, Tanah Suci (istilah Imran N Hosein) dan secara khusus ia merujuk kepada Bukit Zion yang terletak dalam kawasan Baitul Maqdis), pertubuhan Yahudi Eropah atau Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organization –WZO) berusaha untuk kembali merebut kawasan yang merentangi bahagian Afrika Utara hingga Turki dengan pelbagai tektik penipuan. Hasrat yang lebih besar daripada itu ialah menguasai dunia menerusi doktrin geopolitik yang dinamakan New World Order (Tata Baharu Dunia –NWO).

Protokol 1 yang merupakan doktrin asas ialah cara pemerintahan yang terbaik melalui kekerasan (bukan diplomasi), hak dan kebenaran berdasarkan kekuatan, tidak ada unsur akhlak dalam politik dan mereka yang bermoral bukanlah ahli politik yang baik, pemimpin mestilah bijak menggunakan tipu helah (matlamat menghalalkan cara, menegaskan kembali pandangan bekas diplomat Itali yang dikatakan berjaya membina asas falsafah politik moden, Nicolio Machiavelli (1469-1527) dalam The Prince (1523)) dan minuman keras perlu digunakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Protokol 2 mengandungi kaedah melaksanakan kerangka tersebut iaitu menguatkan kedudukan Yahudi (agen-agen Yahudi) sebagai kelompok penyumbang dana dan bantuan, mengutamakan goyim (asal istilah itu ialah “orang atau individu bernegara” yang kemudian menjadi negatif kepada ‘orang dari negara lain’ iaitu bukan Yahudi untuk membantu pencapaian matlamat), menggerakkan fikiran umum menerusi akhbar dan media manakala agen-agen Yahudi akan terus mendapatkan ‘emas’; dan sanggup berkorban sebagai asas kepada perjuangan yang lebih besar.

Nyawa seorang Yahudi yang terkorban adalah lebih mahal daripada seribu nyawa goyim. Goyim kini disamakan juga sebagai ‘orang suruhan’ atau ‘tali barut’. Ini bermakna, dalam protokol tersebut, WZO akan gunakan apa sahaja cara untuk menguasai sesebuah komuniti atau negara tanpa perlu melibatkan diri secara fizikal, hanya menggunakan agen-agennya, termasuk kapitalis atau pejuang kebebasan dan hak asasi.

Protokol ke-3, sesebuah negara yang diterajui oleh goyim akan dihuru-harakan sehingga menimbulkan kemerosotan ekonomi. Dalam keadaan itu, agen-agen mereka –dalam pelbagai bentuk pertubuhan—akan menawarkan solusi dan bantuan dengan syarat tertentu. Bagi menggambarkan pemimpin tempatan telah gagal, WZO menekankan kepada tindakan memberikan gambaran buruk terhadap ketua-ketua negara yang berhadapan dengan kemerosotan ekonomi itu dengan pelbagai label, seperti perasuah, kroni dan nepotisme yang pada persepi rakyat, pemimpin itu lebih banyak mengumpul kekayaan peribadi berbanding menyelesaikan masalah rakyat.

Di peringkat global, mereka menggunakan pelbagai saluran media untuk menerusi konsep “bad news is good news” dengan mengetepikan peraturan umum dunia kewartawanan –bersandarkan kepada kebenaran (truth)- kepada pemberitaan churnalism, yang bersifat confirmation bias, ia membuat penilaian berdasarkan fakta yang boleh menyokong pendirian penulis dan kehendak organisasi media walaupun rumusannya boleh bersifat falsehood (penipuan) dan distortion (herot-penyot atau jungkir balik). Buku tulisan Nick Davies, The Flat Earth News (2008) cukup baik dan menarik mengenai bagaimana kaedah churnalism telah digunakan dan menjadi trend dalam pemberitaan di seluruh dunia, termasuklah atas kepentingan ekonomi, politik ataupun penghinaan agama. Buku klasik Edward Said, Covering on Islam (1981) cukup menarik bagaimana media digunakan untuk mengherot-penyotkan imej Islam yang akhirnya membangunkan semula politik kebencian terhadap Islam, iaitu Islamophobia.

Protokol ke-4 ialah menghapuskan semua prinsip ketuhanan dan digantikan dengan kepentingan material manakala para pemimpin perlu diarahkan untuk menumpukan perhatian kepada perdagangan dan perusahaan. Dengan cara itu, negara yang lemah akan tunduk kepada kehendak kapitalis seperti menghapuskan cukai dan memperbanyakkan insentif bagi menggalakkan pelaburan asing dan menyediakan bekalan buruh yang murah. Antara strategi yang dilaksanakan oleh banyak negara ialah mengadakan kawasan industri bebas cukai (free trade zone), zon eksklusif perniagaan (business exclusive zone) dan sebagainya.

Di kawasan-kawasan itu boleh bercampur antara produk halal dan non halal, kerana ia adalah untuk tujuan eksport. Juga boleh didirikan kilang-kilang yang memproses bahan kimi merbahaya, tanpa rasa takut kesan ke atas masyarakat setempat sama ada dalam bentuk radioaktif, pembebasan metana mahupun sisa buangan kilang (karbon monoksida atau ammonia) dalam udara mahupun air dan dalam tanah. Hari ini, pencemaran menjadi persoalan yang serius sehingga dikaitkan pula dengan perubahan iklim dan kenaikan suhu panas global. Sebenarnya hal-hal begitu sudah lama disedari oleh masyarakat barat, dan atas dasar itulah mereka beralih ke negara-negara lain sebagai pelabur asing dan dalam bentuk syarikat multinasional dan transnasional.

Dengan membuka kilang di negara-negara membangun, kos pengeluaran dapat dikurangkan dengan banyak dan keuntungan berlipat ganda (upah buruh yang rendah (tiada dasar penetapan gaji maksimum), kos tanah yang rendah, pelepasan cukai seperti taraf perintis dan elaun pelaburan semula, liberalisasi dasar (pemilikan asing) dan perubahan definisi produk (diberikan taraf jenama tempatan walaupun apa yang berlaku ialah pemasangan tempatan dengan minimum peratusan komponen tempatan).

Protokol ke-5 dengan apa cara sekalipun, orang lain tidak boleh mengatasi orang Yahudi dalam pelbagai bidang seperti sains, politik dan ekonomi. Jika bukan Yahudi dilihat lebih bijak dan genius, maka usaha untuk mengdiskreditkan pemikiannya perlu dilakukan sehingga menimbulkan pelbagai konflik dan percanggahan. Ini telah dilakukan menerusi penyelidikan ilmiah dan penulisan semberono, yang tujuannya untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap tokoh, sistem politik dan agama yang dipegang oleh seseorang, kecuali agama Yahudi. Mereka lakukan dengan pelbagai teknik pembohongan dan kekuatan media yang dikuasai. Contohnya, reputasi akademik Samuel P Huntington (1927-2008) digunakan untuk membangkitkan semula permusuhan antara Barat dan Islam. (Samuel P Huntington, The Clash of Civilization and Remaking of World Order 1996. Kenapa dikaitkan dengan ‘remaking”  atau pembinaan semula tata cara dunia, dan ia boleh dikaitkan dengan  NOW yang digagaskan oleh WZO sejak 1897, iaitu dua ratus tahun selepas tertubuhnya WZO).

Samuel P Huntington yang pernah menjadi penasihat kepada dasar politik Rumah Putih mengemukakan teori –pertembungan peradaban (1995)-yang kemudiannya menjadi ‘rekahan besar’ dalam hubungan masyarakat Barat kepada Islam. Ia diperkuatkan dengan tragedi 11 September 2001, yang masih belum data dibuktikan secara jelas dilakukan oleh teroris atau pengganas Islam. Sebaliknya, ia terus dikaitkan dengan konspirasi politik George W Bush untuk menggempur negara-negara Islam dan memperkuatkan agenda WZO, sehingga lebih pekerja-pekerja di World Trade Center yang beragama Yahudi terselamat kerana mengetahui ‘pengeboman’ itu lebih awal berbanding pemeluk agama lain ataupun mereka yang dikategorikan atheis dan agnostik.

Apakah pengeboman itu ada kaitanya dengan perancangan WZO atau agen-agennya untuk terus mengkambinghitamkan Islam ketika kebangkitan semula semangat Islam sedang hangat diperkatakan. Jika mengambil perspektif protokol WZO jelas ia merupakan usaha ‘membunuh’ proses kebangkitan Islam yang sedang mencabar nilai-nilai kapitalisme liberal dan tamadun Barat yang materialistik serta kehilangan nilai moral. Bahkan cendekiawan Barat sendiri telah meletakkan bahawa peradaban Barat sedang mengalami keruntuhan yang besar akibat membuang agama seumpama ‘melepaskan kambing ke gurun’ pada satu ketika dan kini, ‘kambing liar’ itu kembali ke kota menjadi sebahagian nilai cosmopolitan yang semakin berpengaruh (Karen Armstrong, Fields of Blood: Religions and the History of Violence, 2014 dan Nom Choamsky, Who Rules the World, 2014):

Bush sebenarnya berusaha menunaikan ‘tanggungjawab’ sebagai seorang anak untuk membalas dendam apabila bapanya, Bush Sr gagal mempertahankan kerusi presiden untuk penggal kedua setelah terpukul dengan Perang Teluk (1990) dan dendam Perang Salib. Bush Jr sendiri pernah mengakuinya, usaha memerangi ‘keganasan’ adalah ‘kelanjutan dari Perang Salib” atau ‘mission of god”. (Rujuk: Donald Rumsfeld’s holy war: How President Bush’s Iraq briefings came with quotes from the Bible dalam Mail Online, 20 May 2009 atau https://www.dailymail.co.uk/news/article-1184546/Donald-Rumsfelds-holy-war-How-President-Bushs-Iraq-briefings-came-quotes-Bible.html)

Protokol ke-6, ekonomi perlu dirosakkan dengan memupuk kejahatan, minuman keras dan menghapuskan golongan yang terpelajar manakala kedudukan goyim adalah setaraf dengan buruh yang melarat. Sistem pendidikan perlu menekankan kepada pengetahuan untuk kemahiran yang menghasilkan tenaga buruh untuk industri. Sebab itulah falsafah pendidikan sedang menuju ke arah memenuhi ‘pasaran buruh’ bukan menjadikan manusia memahami hakikat kehidupan yang lebih baik sebagaimana digagaskan oleh Islam, menghapuskan ‘kejahilan’. Ekoran perubahan perspektif tersebut, pendidikan dalam bidang agama menjadi sesuatu yang tidak bernilai ekonomi dan dikaitkan dengan ‘pembenihan keganasan’, kerana menentang sekularisme dan kapitalis liberal. Kapitalis liberal bukan sahaja menjadi dominan, bahkan sedang bertelingkah dengan ekonomi Islam. Oleh itu, sistem ekonomi Islam perlu diperlekehkan dan dipandang ‘jijik’ kerana menolak riba.

Atas kepentingan ekonomi, sistem pendidikan menjadi satu bentuk industri. Seseorang yang berusaha untuk ‘mengubah nasib keluarga’ perlu meneruskan pendidikan sekular, kerana kepakaran yang dipelajarinya akan membantuk menghasilkan upah atau keuntungan material. Hal itu menyebabkan berlaku satu bentuk perlumbaan dalam meletakkan indeks pendidikan tinggi dengan pelbagai kaedah penarafan manakala pendidikan keagamaan didiskreditkan sebagai satu bentuk pendidikan yang gagal, hanya melahirkan manusia yang hanya mampu menjadi pendakwah dan bukan usahawan. Pendidikan bersifat kemanusiaan semakin kehilangan maknanya kerana ia membosankan dan tidak membuka jalan kepada pembentukan manusia ekonomi. Hanya berkisar kepada persoalan ‘ritual’ dan ‘keadaban’.

Perspektif ekonomi Islam juga tidak memperlihatkan perkembangan yang ketara dalam bentuknya, kecuali perubahan daripada penggantian penetapan riba kepada pengangkatan ‘jual-beli’ yang kadangkala menjadi lebih mahal daripada ekonomi lazim. Cara pengiraan ‘untung’ juga berdasarkan perkadaran peratusan keuntungan yang dijangka, bukannya menggunakan satu kaedah bukan dalam bentuk jangkaan atau ramalan.

Pada umumnya, sistem ekonomi Islam semakin dilihat sebagai satu bentuk ‘ekonomi kapitalis’ dan bukannya ekonomi yang bersandarkan prinsip keihsanan dan kemaslahatan sepenuhnya biarpun setiap tahun membayar zakat dan menyumbang derma kepada tabung-tabung tertentu. Seperti pernah ditulis oleh ahli ekonomi, bentuk dan sistem perbankan Islam masih menggunakan prinsip kapitalisme dengan mengubah suainya, untuk dilihat lebih bernuansa Islam, iaitu dalam bentuk akad.

Hal itu turut dilakukan oleh ekonomi kapitalis dalam bentuk kontrak atau sistem gadai janji (pinjaman) atau terma-terma ‘perjanjian jual beli’. Masih mencari bentuk dan kadangkala kehilangan arah apabila terus mengenakan penalti sekiranya seseorang itu gagal membuat bayaran, walaupun tempoh bayaran balik itu masih sah. Penalti dikenakan ke atas jumlah yang tertunggak dengan penggunaan kadar peratusan tertentu. Budaya bank masih tetap sama, lebih memberikan perhatian kepada skrin komputer berbanding cuba memahami masalah peminjam. Ia tetap meletakkan nilai keuntungan sebagai asas pengiraan kerana semakin banyak untung diraih, ia dilihat semakin berjaya, bukannya, jumlah wang yang digunakan untuk membantu pengguna membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Ini kerana sistem pendidikan dan sosialisasi masyarakat semakin hilang pertimbangan adab, kejujuran dan tanggungjawab sedangkan Islam meletakkan asas yang sangat kuat  terhadap pembayaran hutang.

Seharusnya sistem pendidikan, sama ada sekular dan bukan sekular wajib melahirkan manusia yang jujur, bertanggungjawab dan mempunyai integriti yang tinggi dalam perspektif moral dan falsafah hidupnya. Sebab itulah semakin ramai yang berpendidikan, semakin masalah sosial, politik dan ekonomi berkembang. Ia bukan menjadikannya lebih beradab, malah semakin membiaknya manusia tidak beradab dengan pelbagai tipu daya untuk mencipta helah, termasuklah tuntutan yang tidak munasabah dan hanya bersifat ‘mengelak’ atau ‘menuding jari’ seperti ‘rasuah ikan bilis’ ditangkap manakala ‘rasuh jerung’ boleh dinyahkan.

Jenayah kolar biru diperkatakan sebagai ‘salah kiprah’ manakala ‘jenayah kolar’ sebagai tindakan yang wajar kerana sebahagiannya dikembalikan kepada masyarakat seperti konsep Robin Hood dalam bentuk dana parti, dana aktiviti oleh pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya. Jika ada perbicaraan atau prosiding mahkamah, ia banyak berkisar kepada persoalan kesahihan teknikal, bukan mencari kebenaran yang ‘semuanya benar’ dan ‘benar sebenar-benarnya’. Inilah masalahnya kerana kesilapan teknikal akan menyebabkan seseorang yang  bersalah dilepaskan manakala mereka yang silap memberikan maklumat atau kadangkala bercanggah didakwa ‘menipu’ atau ‘berbohong kepada mahkamah’.

Profesyen guaman menjadi sesuatu kerjaya yang kurang diyakini, dan kadangkala dilihat sebagai ‘ satu profesyen yang paling tidak boleh dipercayai’ seperti juga ‘politikus’. Ini kerana, sebahagian besar ahli politikus mempunyai latar belakang guaman, tetapi, dalam tindakan politiknya, membuat tafsiran tidak selari dengan peruntukan undang-undang, atau tanpa bukti yang jelas. Misalnya, atas kepentingan tertentu, seorang politikus yang bertahun-tahun berpengalaman dalam bidang guaman boleh menuduh secara terang-terangan bahawa sekolah-sekolah kebangsaan dan agama sebagai ‘lahan subur menyemai terorisme’ hanya kerana sebahagian pelajarnya berusaha keras mengamalkan nilai-nilai agama yang dipercayai atau diwarisinya.

Masjid yang diimarahkan dengan aktiviti keagamaan dan ceramah-ceramah agama ditafsirkan berbau politik dan memperkuatkan asas sekterianisme kepada khalayak. Bila disyaratkan sebelum pulang pelajar diminta bersembahyang zohor berjemaah, ia dinilai sebagai satu ‘kebodohan’ dan paksaan yang tidak wajar. Pengkritik-pengkritik itu telah mengalami gangguan halusinasi bila salah menterjemahkan perihal ‘tiada paksaan dalam beragama’ sedangkan maksudnya, ‘tiada paksaan’ itu ditujukan kepada mereka yang bukan menganut agama Islam.

Seseorang yang sudah memeluk agama Islam atau mewarisi Islam, mereka wajib mematuhi prinsip-prinsipnya, termasuk tidak melakukan perkara-perkara yang dikategorikan sebagai syirik dan tidak menunaikan sholat. Bagi Islam, sholat adalah tiang agama, maka mereka yang sengajar meninggalkan sholat adalah berdosa dan kehidupannya tidak disimbahi dengan keberkatan (rohani dan jasmani), sentiasa dalam kerugian dan keresahan.

Golongan yang berpegang kepada prinsip ‘tiada paksaan’ kadangkala melampaui cara hidup Islam. Mereka kadangkala secara terbuka mempertahankan kewajarannya, biarpun dia adalah seorang Islam (bukan Muslim) bila berkata, itu adalah ‘hak dan kebebasan saya’ dan ‘kubur masing-masing’. Ya memang Islam memberikan hak dan kebebasan kepada seseorang, tetapi kebebasan dan hak itu bukan tanpa tanggungjawab atau mutlak, ia masih dianggap ‘hak dan kebebasan asasi’ selagi fikiran, tindakan dan pendiriannya tidak melanggar peraturan syarie dan ketetapan yang telah diberikan sebagai ‘nahi mungkar’. Ya! Memang setiap orang Islam yang meninggal dikebumikan dalam ‘kubur masing-masing’ tetapi sepanjang hidupnya ia perlu mendisiplinkan diri sendiri untuk tidak melampaui batas—berbuat jahat, bercakap bohong, minum arak, mementingkan diri sendiri (selfish), merosakkan alam sekitar, berkelahi dengan jiran tetangga dan sebagainya. Islam adalah tata cara kehidupan, bukan sekadar agama yang difahami. Islam meletakkan asas yang kuat bagaimana untuk hidup bermasyarakat dan bernegara, berdasarkan prinsip siapa kuat dia dapat dan yang menang dapat semua.

Setelah kebobrokan itu membesar,  mereka kembali kepada usaha untuk membentuk masyarakat madani (civil society) dan berteraskan amalan demokrasi (kerana meletakkan prinsip kebebasan dan hak asasi) sedangkan ia mempunyai tindakan yang berbeza dalam persekitaran politik yang berbeza. Inilah berlaku dalam ‘percaturan geopolitik global’. Amerika Syarikat mengeksport demokrasi (wilsonisme) untuk meruntuhkan sistem dan budaya masyarakat lain sedangkan dalam kehidupan masyarakat domestiknya, penuh dengan fahaman konservatif dan sekterianisme. Kita boleh perhatikan, apakah nasionalisme Amerika Syarikat yang dipercayai oleh Donald Trump sesuatu yang menepati ‘prinsip hak asasi dan kebebasan”? Apakah hubungannya dengan tindakan Trump meletakkan dasar menyokong Israel dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota negara haram ‘Israel’ menggantikan Tel Aviv.

Pencerakinan sejarah Yahudi sejak berzaman tentang ‘tanah yang dijanjikan’, peristiwa holocaust dan pengaruhnya memang bersandarkan kepada matlamat NWO’. Ia sudah diberikan banyak peringatan mengenai kejahatan Yahudi terhadap manusia, termasuk cuba menukarkan fahaman beragama berdasarkan kecenderungan ‘bangsa terpilih’ dengan mengkhianati Injil (Kristian) dan Taurat (Yahudi atau Judaisme), seterusnya menggunakan orientalis memesongkan kandungan al-Qur’an dan ajaran Islam berdasarkan pelbagai bentuk tafsiran, falsafah dan kerangka tertentu. Antaranya, kontekstual dan antara teks, hermenitik, humanisme (bukan humanis) dan asas sejarah sehingga ada yang berpendapat, Al-Qur’an itu tidak lagi sesuai untuk mendepani kehidupan moden kerana ia diturunkan di zaman Mesopotamia.

 

(Bersambung)

MONOSIN SOBRI

Translate »