Susunan:Siti Mariam Ahmad
Salah seorang ahli fikih terkenal Mazhab Syafi’I adalah al-Mawardi. Beliau lahir di Basra pada masa pemerintahan Abbasiyah. Nama lengkapnya adalah Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. Al-Mawardi muncul tatkala era politik ketika itu dikuasai oleh model pemerintahan yang tertutup, sehingga para ilmuan sukar untuk mengembangkan gagasan politik atau sistem pemerintahan mereka. Sistem kerajaan harus diterima bulat- bulat, dan tidak seorang pun berani berfikir atau mencari alternatif lain. Al-Mawardi bangkit dengan berani cuba menembus kebuntuan itu. Kendati gagasan politik tidak sehebat gagaasan pemikir Eropah, al-Mawardi dapat di sejajarkan dengan penggagas sistem politik moden lain. Beliau wafat pada 1058 dalam usia 83 tahun dan di makamkan di Bangdad.
Al-Mawardi berpendapat, negara ketika itu adalah sebuah kesatuan komuniti yang dipimpin oleh seorang khalifah yang memiliki autoriti penuh, baik yang diperolehi melalui proses pemilihan mahupun populariti. Hubungan antara pemimpin negara (khalifah) dan warganya adalah hubungan kontrak yang diikat dalam bai’ah. Bai’ah penguasa boleh dilakukan secara umum di hadapan seluruh rakyat, mahupun dilakukan di depan majlis syura (wakil-wakil rakyat).
Buku-buku hasil tulisan Al-Mawardi kebanyakannya berkisar mengenai fikih dan politik. Antara karyanya yang terkenal adalah Kitab al-Hawi, Siyasah al-Mulk dan Qawanin al-Wizarah. Namun begitu, karya yang terpenting dan kerap dibicarakan oleh orang ramai adalah al-Ahkamas-Sultaniyyah. Dalam buku inilah al-Mawardi mengungkapkan teori-teori politiknya bermula daripada permasalahan dalam – mencakupi siapa yang berhak memerintah, model pemilihan pemerintah, hingga hak dan kewajipan setiap penguasa dan warga negara. Buku ni adalah karya pertama dalam bidang politik yang ditulis secara cukup sistematik. Karya-karya mengenai politik sebelum al-Mawardi umumnya ditulis dalam satu paket buku fikih.
Abu al-Hasan al-Mawardi menghabiskan masa remajanya di kota kelahirannya, Basra, Iraq. Beliau mempelajari ilmu-ilmu agama dan ilmu umum di beberapa buah lembaga pendidikan di Basra. Sejak kecil, al-Mawardi bercita-cita menjadi pegawai negeri serta berkhidmat untuk khalifah. Demi mencapai cita-citanya itu, beliau mendalami ilmu pengurusan dan pentadbiran negara yang pada saat itu hanya boleh diperolehi dalam bidang hukum politik serta jumlah pusat yang menawarkannya agak terbatas. Setelah menyelesaikan pelajaran ilmu pengurusan dan pentadbiran negara, al-Mawardi bekerja sebagai hakim di sebuah daerah. Kariernya terus melonjak hingga akhirnya manjadi hakim untuk daerah paling istimewa iaitu Baghdad, ibu kota kerajaan Islam, Abbasiyah.
Recent Comments