Kawasan tumpuan umat Islam yang terbesar di dunia adalah di Asia Selatan. Umat Islam di wilayah ini berjumlah sekitar 300 juta orang. Mereka mendiami wilayah India Selatan dan Utara, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Sekalipun terikat oleh agama yang sama, yakni Islam, mereka terdiri daripada pelbagai masyarakat yang bertutur dalam bahasa yang berbeza, hidup dalam wilayah yang saling terpisah dan menghadapi bermacam- macam masalah sosial, ekonomi dan budaya yang berlainan. Di wilayah ini, Kesultanan Moghul pernah berkuasa (1526-1858), iaitu salah satu kerjaan Islam terbesar pada Abad Pertengahan. Kesultanan Moghul melambangkan kemuncak kehadiean Islam di benua kecil India.

TIGA GELOMBANG

Penyebaran Islam di kawasan Asia Selatan berlansung dalam tiga gelombang. Para pedagang Arab Muslim pertama kali datang ke India Selatan hingga abad ke-15. Kesan mereka kini dapat ditemui di Selatan Malabar, wilayah Kerala. Gelombang kedua mengambil laluan darat, di wilayah yang dinamai Sind pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khattab. Gelombang ketiga berkaitan dengan kemasukan umat Islam dari Afghanistan yang melarikan diri akibat serangan bangsa Mongol. Dari sinilah kemudiannya berasal Kerjaan Moghul.

PENERAPAN

Seperti di kawasan lain secara amnya, penyebaran Islam di India Selatan dicirikan oleh proses penerapan yang berjalan lancer. Pada umumnya masjid yang didirikan di India, misalnya, mempunyai bumbung berberntuk kon seperti bangunan candi. Namun sejak dua dekad terakhir, banyak masjid baru didirikan berdasarkan model masjid di Timur Tengah. Banyak daripadanya dibina dengan bantuan dana daripada pemerintah Arab Saudi.

TAREKAT SUFI

Penyebaran Islam yang begitu pesat di benua kecil India, yang kebanyakan penduduknya beragama Hindu, disebabkan khususnya oleh daya tarikan ajaran Islam atau tasawuf yang penuh misteri, seperti yang diperkenalkan melalui tarekat sufi. Kecenderungan kepada aspek batin ajaran agama ini amat sesuai dengan persekitaran India yang terkenal dengan hal kebatinan. Hingga kini, kecenderunagn mistik pada keberagamaan umat Islam di benua kecil India masih kuat, digambarkan oleh hubungan guru dan murid yang sangat erat.

PENJAJAHAN INGGERIS

Keadaan umat Islam di benua kecil India amat sukar ketika penjajah Inggeris menjejakjkan kaki ke India. Dalam siyuasi ini, umat Islam tidak hanya berhadapan dengan penjajah tetapi juga kaum Hindu yang tetap merupakan golongan majority di benua kecil itu. Berhadapan dengan situasi tersebut, pandangan dan sikap orang Islam berbeza- beza. Ada yang menyarankan agar mereka berkerjasama dengan penjajah Inggeris. Seperti Ahmad Khan tetapi sebahgian besar pemimpin Islam menolaknya.

BANGLADESH

Berhadapan dengan penjajahan dan bimbang akan masa depan umat Islam di kawasan yang majority penduduknya beragama Hindu, sebahagian daripada tokoh Islam menyarankan agar umat Islam mendirikan Negara mereka sendiri. Pada tahun 1947, tertubuhlah Republik Islam Pakistan. Namun pada 1971, penduduk di wilayah timur Pakistan memisahkan diri dan membentuk Negara sendiri dengan nama Bangladesh. Perkara ini berpunca daripada hakikat bahawa Pakistan terpisah dua disebabkan wilayah India dan kedua- duanya menggunakan bahasa yang berbeza. Kebanyakan penduduk Pakistan Timur bertutur bahasa Bengali, manakla majority penduduk Pkistan Barat bertutur bahasa Urdu. Bangladesh merupakan salah satu negara terpadat di dunia. Sebhagian daripada penduduknya hidup dalam kemiskinan. Bencana alam seperti taufan dan banjir sering melanda negara ini.

TERBAHAGI DUA

Ketika India merebut kemerdekaannya pada tahun 1947, umat Islam di wilayah tersebut berpecah dua, sebhagaiannya terus tinggal di India dan sebahagian yang lain memasuki Republik Islam Pakistan yang baru didirikan. Setelah menjadi sebuah republic, perlembagaan India menjamin hak setiap warganegara, seperti persamaan, kebebasan beragama serta budaya dan pendidikan, juga terpakai untuk umat Islam minority. Mereka hidup bersama- sama penganut agama lain.

SRI LANKA

Umat Islam jug terdapat di Sri Lanka, Negara di bahagian selatan benua kecil India. Corak keislaman masyarakat Muslim di Negara ini banyak dipengaruhi oleh kemasukan orang Kerala Muslim, termasuk penyebaran ajaran sufi pada abad ke- 18. Di Sri Lanka, tarekat sufi yang paling berpengaruh ialah Tarekat Qadiriyah. Bahasa Ibunda mereka ialah bahasa Tamil. Sehingga banyak karya keagamaan ditulis dalam bahasa ini. Al- Quran pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil pad abad ke-19 oleh ilmuwan Sri Lanka bernama Syeikh Mustafa. Di Sri Lanka terdapat lebih kurang 1.2.juta umat Islam. Pada umumnya, mereka ialah orang Islam Sunnah pengikut Mazhab Syafie.

KERALA

Keturunan umat Islam yang pertama tiba di India Selatan banyak ditemui di wilayah Kerala, khususnya  di kalangan masyarakat Mappila. Kehidupan mereka banyak dipengaruhi tradisi perdagangan yang menunjukkan ciri- ciri perkerjaan orang Arab yang datang menyebarkan Islam ke wilayah ini pada peringkatan awal agama Islam. Bahasa asal mereka ialah Malaylam. Dalam amalan keagamaan dan pengajaran agama, bahasa itu kemudian bercampur dengan bahasa Arab. Hingga kini, orang Kerala berketurunan Arab pada umumnya mempunyai reputasi tersendiri di mata masyarakat. Pada awal 1990-an, jumlah kaum Mappila Muslim mencapai kira- kira 7.5 juta orang.

CIRI KHAS

Meskipun umat Islam di Kerala berkait rapat dengan umat Islam di Semenanjung Tanah Arab, mereka tetap mempunyai ciri khas yang berbeza. Mereka misalnya berpegang pada mazhab Syafie, manakala mazhab yang dominan di Arab Saudi ialah Mazhab Hanbali. Selain itu, amalan tawassul, yakni berdoa kepada Allah SWT, melalui perantara ulama agar doanya dikabulakan Allah SWT, sering ditemui do kerala. Adapun amalan seperti ini amat ditentang di Arab Saudi.

SUMBER INSPIRASI

Islam di Asia Selatan telah melahirkan banyak pemikir dan gerakan yang kemudiannya menjadi sumber inspirasi kepada umat Islam di tempat lain. Antara pemikir dari Negara ini yang terserlah perananya ialah Sir Muhammad Iqbal, Abu A’la al- Maududi, Fazur Rahman, Shah Waliyullah dan Sir Sayyid Ahmad Khan. Di sini juga muncul beberapa gerakan yang pengaruhnya tersebar k eseluruh dunia seperti Jamaah Islami dan Jamaah Tabligh.

Susunan BAHARIAH MAT SAAT

Translate »