Hisyam bin Abdul Malik, yang dikenal dengan julukan Abu al-Walid, lahir tahun 70 Hijrah. Beliau adalah Khalifah Bani Umayyah ke-9. Beliau seorang ketua negara yang mempunyai azam yang kuat dan berfikiran cemerlang.

Di antara kecerdikan beliau yang patut diteladani oleh sesiapa pun, terutama kaum Muslim ialah sikap kewarakannya.

Beliau tidak pernah memasukkan hartanya ke dalam Baitulmal sebelum ada 40 petugas pemungut zakat yang menyaksikannya. Setelah itu barulah beliau mengambil haknya dan memberikannya kepada orang- orang yang lebih berhak menerimanya.

Imam as-Syafie berkata, “Ketika Hisyam membangun empangan air di Qinisrin, dia ingin beristirahat sehari sahaja untuk melepaskan kesibukannya. Saat matahari tegak berdiri di kepala, tiba-tiba sehelai bulu yang berlumuran darah menerpanya. Dia pun berkata, “Apakah saya tidak boleh beristiharat, walau sehari sahaja?”

Benar, begitulah tabiat Hisyam, seorang khalifah kaum Muslim, tidak ada hari cuti bagi dirinya kerana tugas- tugas mengurus urusan rakyat harus dilakukan selama 24 jam.

Bila dan di mana pun Khalifah diperlukan, beliau harus bersedia. Selain dikenal sebagai seorang yang bekerja keras, Hisyam juga dikenali seorang yang tidak menyukai pertumpuahan darah.

Sahal bin Muhammad berkata, “Saya tidak pernah melihat seorang khalifah seperti Hisyam yang benci kepada  pertumbuhan darah.” Tentunya pertumpahan darah di antara sesama kaum Muslim atau Ahli Dzimmah.

Meski dikenal sebagai anti pertumpahan darah, Hisyam juga adalah antara Khalifah yang berjaya menakluk Empayar Rom. Pada tahun ketujuh pemerintahannya, empayar Kristian itu berjaya ditakluknya dengan kekuatan tenteranya.

Tahun berikutnya, wilayah Khanjarah juga berjaya ditakluk di bawah kepimpinan seorang panglima perang yang sangat berani, iaitu Abdullah al-Anthaki atau yang dikenal dengan julukan Abu Hussien. Pada tahun ke-12 pemerintahannya, wilayah Harshanah diserang dari arah Maltta, wilayah Turki.

Keberhasilan ini tidak terjadi tiba tiba tetapi melalui perencanaan yang matang – sesuatu yang membuktikan kesungguhan dan kecemerlangan berfikirnya. Sejak diangkat menjadi khalifah, beliau terus membina benteng pertahana di beberapa daerah perbatasan / sempadan untuk menghalang serangan Byzantium (Rom) dari satu sisi.

Di sisi yang lain, benteng-benteng tersebut digunakan sebagai pangkalan tentera untuk menyerang wilayah Byzantium. Di terdapat enam benteng yang terbentang dari Antokiyah hingga Mashishah.

Selain itu, beliau juga menubuhkan angkatan tentera laut yang kuat sehingga berjaya melancarkan kempen maritim Islam menghadapi beberapa wilayah kepulauan seperti Cyprus dan Shaqliyyah.

Imam al- Suyuthi, mengutip syair yang pernah diucapkan khalifah yang agung dan mulia itu. Syairnya sangat mendalam maknanya, sekali gus menunjukkan siapa sebenarnya Khalifah Hisyam:

Jikalau engkau tidak melawan hawa nafsumu,

dialah yang akan mengendalikanmu,

melakukan perbuatan-perbuatan yang akan

membuatmu menjadi ejekan…

Tepat sekali ungkapan khalifah agung ini. Itulah rahsia kejayaannya sebagai ketua negara ketika  itu. Berfikir cemerlang dan bersungguh- sungguh, disertai dengan kemampuan mengendalikan hawa nafsu yang luar biasa.

Catatan: Ibnu Khaldun

Translate »