Ahli hikmah dari Habsyah (Ethiopia) ini bernama Luqman al-Hakim. Menurut al-Quran, Allah s.w.t menganugerahkan hikmah kepadanya sehingga beliau digelar Luqman al-Hakim (Luqman yang dianugerahi hikmah).
Nama penuhnya ialah Luqman bin Baura. Beliau berketurunan Azar, ayah Nabi Ibrahim a.s. Dalam Tafsir al-Kasysyaf (karya al-Zamakhsyari), Luqman digambarkan sebagai seorang lelaki yang berkulit sangat hitam dan berwajah buruk dengan bibir yang sangat tebal.
Namun, hati dan akhlaknya tidak seburuk wajahnya. Hatinya amat tulus dan akhlaknya sangat terpuji. Kata-kata hikmah sebagai nasihat selalu keluar dari bibirnya.
Menurut cerita tradisi Bani Israel, Luqman selalu mengeluarkan kata-kata hikmah (ucapan yang sesuai dengan kebenaran) sehingga akhirnya banyak diketahui masyarakat.
Seseorang pernah bertanya kepadanya, “Bukankah kamu bekas hamba si fulan?” Luqmanmenjawab, “Benar.” Orang itu lalu bertanya lagi, “Tetapi apa yang membuat kamu terkenal seperti sekarang?” Beliau menjawab, “Kekuasaan Allah s.w.t. Aku selalu berkata benar dan meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedahs erta selalu menunaikan amanah yang diberikankepadaku.”
Dalam tafsir al-Qurtubi, tertulis bahawa ada tiga orang yang berkulit hitam tetapi sangat terkenal dalam sejarah, iaitu Bilal bin Rabah, Mahja’ (hamba Umar bin al-Khattab), dan Luqman al-Hakim.
Ada riwayat yang menyebut bahawa pada suatu hari seseorang terkejut melihat susuk tubuh Luqman yang hitam legam dan berbibir tebal. Pada waktu itu, Luqmanmengatakan,“Sekalipun bibirku ini tebal, tetapi apa yang keluar dari mulutku adalah kata-kata hikmah. Dan sekalipun kamu terkejut melihat kulitku yang hitam legam, namun hatiku putih bagaikan kaca bersih.”
Isteri majikan Luqman pernah marah kepada suaminya. Suaminya lalu mencari juadah (makanan yang lazat) untuk isterinya, kemudian meminta Luqman untuk menyerahkan makanan itu kepada kesayangannya (maksudnya isterinya). Setibanya di rumah, Luqman memberikan juadah itu kepada anjing majikannya, bukan kepada isterinya. Setelah pulang majikannya bertanya kepada isterinya adakah beliau sudah menerima juadah yang dikirim melalui Luqman. Isterinya berkata, “Luqman tidak membawa sesuatu pun untukku. Suaminya marah lalu memanggil Luqman. Luqman menjawab, “Hamba telah memberikan juadah itu kesayangan tuan seperti yang tuan pesan, iaitu anjing tuan.” Luqman menambah, “Anjing itulah yang seharusnya disayangi kerana sekalipun dihina dan disakiti, ia tidak meninggalkan tuan, manakala isteri tuan sebenarnya bukanlah kesayangan Tuan kerana beliau sering meminta cerai sekalipun tidak dihina, apalagi dipukul.”
Kemuliaan seseorang di hadapan Allah s.w.t tidak terletak pada keturunannya, tetapi pada ketakwaan dan akhlaknya. Luqman adalah salahs eorang yang bertakwa dan berakhlak mulia. Ketakwaan dan kemuliaan akhlaknya dijadikan teladan dalam al-Quran. Ketakwaannya kepada Allah s.w.t ditunjukkannya melalui nasihat kepada anak lelakinya, An’am atau Asykam, misalnya tidak menyekutukan Allah s.w.t kerana perbuatan itu merupakan kezaliman yang amat besar (Q.31:13). Kemuliaan akhlaknya ditunjukkan melalui nasihat supaya tidak bersikap sombong dan angkuh kepada sesame manusia (Q.31:18) dan perkataan lembut kerana seburuk-buruk suara ialah suara keldai (Q.31:19).
Catatan: Ibnu Khaldun
Recent Comments