Kerajaan Islam di India Utara sejak abad ke-13 hingga ke-16 ialah Kesultanan Delhi. Delhi tetap mengiktiraf Abbasiyah hingga keruntuhannya pada tahun 1258. Kemasukan Islam ke bahagian utara India bermula semasa Kerajaan Ghaznawiyah yang kemudiannya digantikan oleh Kerajaan Guri (1175-1206) yang didirikan oleh Mu’izzuddin Guri. Baginda bersama-sama panglima perangnya, Qutbuddin Aybak dan Ikhtiyaruddin Muhammad Khalji, terus memperluas wilayahnya. Ketika Guri semakin lemah, Aybak mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Delhi (1206-1210). Setelah itu, Delhi dikuasai Kerajaan Mamluk (Mu’izzi), Khalji, Tugluq, Sayid, Lody, dan Suriyah. Selama pemerintahannya, Suri berusaha mempertahankan Delhi daripada campur tangan Moghul. Delhi ditakluk (1555) oleh Moghul kerana lemah. Delhi memainkan peranan yang sangat besar dalam pengembangan Islam di bahagian utara India.

QUTBUDDIN AYBAK

Pengasas Kesultanan Delhi ialah Qutbuddin Aybak. Peranan baginda sangat besar dalam Kerajaan Guri. Baginda menundukkan bahagian utara India dan mengukuhkan kedudukan Islam di wilayah itu. Aybak mendirikan kerajaan Mu’izziyah dan berkuasa selama 4 tahun. Baginda digantikan oleh puteranya Iltumish (1211-1236).

TUGLUQ

Gazi Malik Tugluq, seorang Turki-India, bersama puteranya (Muhammad) berjaya memulihkan Delhi setelah 4 tahun Kerajaan Khalji berkahir. Baginda kemudian mengisytiharkan Kerajaan Tugluq pada tahun 1320. Muhammad (1320-1325) mengembangkan ekonomi dan membuka hubungan diplomatic dengan dunia Islam di luar India, seperti Mamluk di Mesir dan meminta pengesahannya. Namun, pemindahan pusat pemerintahan dari Delhi ke Devagiri melemahkan kekuasaan Tugluq sehingga ditakluk oleh Kerajaan Sayid pada tahun 1414.

KHALJI

Suku Khalji ikut serta dalam serangan ke bahagian utara India sejak Kerajaan Guri. Pada tahun 1290 barulah mereka berjaya membentuk Kerajaan Khalji dengan merampas kuasa daripada Kerajaan Mu’izziyah. Salah seorang tokoh Khalji ialah Sultan Alauddin Muhammad Shah 1 (1296-1316) yang bercita-cita menjadikan Delhi kerajaan Islam yang besar. Namun, keinginannya dihalang oleh tentera Mongol, menyebabkannya tersebar hanya ke bahagian selatan India.

GHAZNAWIYAH

Islam pertama kali dibawa ke India oleh tentera Arab pada awal pemerintahan Umaiyah. Serangan besar-besaran mula terjadi hanya pada zaman Kerajaan Ghaznawiyah. Mahmud Ghaznawi (Sultan ke-3, 997-1030) berjaya menggulingkan pemerintah Hindu di India utara pada abad ke-11. Kerajaan ini juga berjaya menguasai Punjab dan menjadikan Lahore ibu kota pemerintahan. Kerajaan ini kemudian diruntuhkan oleh Kerajaan Guri yang terus memperluas wilayahnya pada akhir abad ke-12.

LODY

Pada 1451, Bahlul Khan Lody, ketua suku Afghan, menubuhkan kerajaan baru di Delhi setelah merampasnya daripada kerajaan Sayid. Kerajaan Lody meluaskan wilayahnya ke bahagian tengah India lalu memindahkan ibu kotanya ke Agra. Namun, akibat konflik dengan pemerintah Lody, para panglima Lody meminta Sultan Babur dari Kerajaan Moghul campur tangan di Delhi.

KESULTANAN DELHI

1206 Qutbuddin Aybak menjadi Sultan Delhi

1206-1290 Kerajaan Mamluk mengusai Delhi

1290-1316 Kerajaan Khalji

1320-1414 Kerajaan Tugluq

1414-1451 Kerajaan Sayid

1451-1526 Kerajaan Lody

1540-1555 Kerajaan Suriyah

1555 Moghul menakluk Delhi

  • Perluasan wilayah Kerajaan Guri berlangsung hingga akhir abad ke-12.
  • Semasa Kerajaan Khalji, Kesultanan Delhi pernah menyebarkan pengaruhnya hingga ke seluruh benua kecil India.
  • Qut al-Mina (setinggi 73 m) ialah menara Masjid Kuwat al-Islam di Lalkot, Delhi. Peninggalan ini berfungsi sebagai menara kawalan dan sebagai tugu kemenangan.

Susunan Nadia Haris

Translate »