Samarkand adalah salah sebuah kota tertua di wilayah Transoksania (Asia Tengah) berdekatan Bukhara. Kota ini terletak kira-kira 275 km di sebelah barat daya Tashkent (ibu kota Uzbekistan), di lembah Sungai Zarafshan yang subur.

Pada 329 S.M, Iskandar Agung menaluki kota itu dan menamakannya Maracanda. Samarkand kemudian jatuh ke tangan Kerajaan Himyar (115 SM-33 M). Pada masa itu Samarkand merupakan kota besar yang terletak di Jalur / Laluan Sutera yang menghubungkan China dengan Barat.

Islam kemudiannya menawan Samarkand pada abad ke-8. Pada 1220, Samarkand ditakluki oleh Genghiz Khan dari Mongol. Kemudian kota ini berturut-turut dikuasai oleh bangsa Uzbek (1500), lalu menjadi sebahagian daripada kota pemerintahan Bukhara hingga 1920 dan Kesatuan Soviet hingga 1991.

Sebagai pusat peradaban Islam, Samarkand mempunyai banyak peninggalans ejarah Islam seperti Masjid Raja Bibikhan dan makam Qasim bin Abbas, salah seorang yang berjasa mengislamkan penduduk kota itu.

Samarkand juga melahirkan ramai ulama terkenals eperti Abu Mansur Muhammad al- Maturidi (ahli ilmu kalam) serta Abdul Maali al- Juwaini (ahli fikah, usul fiqh dan ilmu kalam).

Madrasah Shir-Dar yang terletak di kawasan el-Registan didirikan pada abad ke-17 oleh cucu Timurlane, Ulugh Beg.
Timurlane merupakan keturunan Genghiz Khan. Namanya yang sebenar ialah Timur, namun gelaran Lane (pincang) melekat terus pada namanya sehingga beliau dikenal sebagaiTimurlanr (Timur si pincang).

Pada 1370, beliau menawan Transokania dan menjadikan Samarkand ibu kota kerajaannya. Kerajaannya berkuasa selama hampir satu abad. Pada zaman pemerintahannya, Samarkand mencapai punca kkejayaan.

Timurlane juga mendirikan banyak bangunan indah yang mencerminkan citarasa tinggi senibina Islam, seperti Gok Saray (Istana Biru) dan kuil Shah-I Zindah.

Makam Timurlane yang terletak di Gur-I Amir (makam raja-raja) dibina pada awal abad ke-15 merupakan peninggalan Islam. Bangunan ini dibaiki pada 1958 sehingga tetap terpelihara keindahannya.

Sejak runtuhnya Kesatuan Soviet pada 1991, Uzbekistan menjadi negara merdeka. Samarkand yang merupakan ibu kota pertama Uzbekistan kembali menjadi sebahagian daripada negara ini.

Lebih daripada 70 peratus penduduk Uzbekistan berasal daripada etnik Uzbek yang pernah menentang kekuatan pemerintah keturunan Timurlane di Samarkand. Usaha untuk menghapuskan Islam dijalankan sejak wilayah ini dikuasai Kesatuan Soviet, namun kini Islam mula berkembang kembali. Madrasah mula dibuka, begitu juga kerjasama ekonomi dengan beberapa negara Islam.

Samarkand terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah benteng yang terletak di sebelah selatan kota. Di kawasan ini terdapat pejabat pemerintahan (Dar al- Imarah).

Bahagian kedua merupakan kawasan kota dan ketiga ialah daerah pinggir kota dengan taman yang indah. Samarkand dikelilingi parit dan mempunyai empat pintu gerbang, iaitu: di utara Bab Bukhara, pintu yang menghadap ke Bukhara; di barat Bab al- Naubahar, di selatan Bab al- Kabir, dan di timur Bab al-Sin sebagai tanda ingatan akan hubungan antara Samarkand dengan China.

Susunan Rohana Samat

Translate »