Sebanyak 30 keluarga dari Kampung Batu Muda, Sentul di sini yang terjejas sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan bekalan asas makanan daripada Pertubuhan kearifan Islam Malaysia (OMIW) serta sumbangan lain daripada Malaysia Scout Club(MSC), Thalassaemia Association Of Malaysia dan sumbangan berupa beras dari parti PUTRA.

Pengerusi OMIW Dato Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan penduduk kampung yang terjejas ketika tempoh PKP dikuatkuasakan.

“Dengan sumbangan yang diberikan ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang erat diantara OMIW dan komuniti di situ.

“Sumbangan makanan seperti beras, minyak masak, tepung dan keperluan makanan yang lain ini diagihkan kepada 30 keluarga di kampung berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad 28hb Jun 2020.

Sumbangan juga disampaikan oleh Tan Sri Dr Chong Lian Foo MSC Charter President serta Dato Abdullah Yunus yg merupakan Ahli Lembaga penasihat Malaysia Scout Club dan diiringi oleh beberapa pegawai lain-lain.

Mengulas lanjut, Dato Dr Aziz Jamaludin berkata, OMIW tidak lupa akan nasib mereka yang tidak ada pendapatan tetap disamping kekurangan bekalan makanan untuk menampung keperluan ahli keluarga.

“Sumbangan ini turut dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan golongan berpendapatan rendah ,” jelasnya

Translate »