Beragam ilmu dikuasainya. Karyanya memberi sumbangan yang penting dalam peradaban Islam. Bahkan, sejumlah karyanya menjadi kajian para kaum intelektual. Namun, ketinggian ilmu tak membuatnya tinggi hati. Beliau menerima dan menghargai perbezaan pendapat. Demikian, sosok Ibnu Qutaybah.
Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad Abdullaah ibn Muslim ibn Qutaybah. Beliau dikenali sebagai seorang sejarawan masa awal. Namun, Beliau pun cakap dalam bidang ilmu pengetahuan lainnya dan menguasai sastra, tata bahasa, dan tentu saja ilmu agama.
Pada masanya, ketika muncul kelompok rasionalis dalam pemikiran agama, ia dikelompokkan sebagai kaum tradisionalis. Namun, ia tak menolak dengan pemikiran yang berbeza. Beliau mewajarkan munculnya berbagai macam pemikiran kerana dianggap sebagai bahagian dari kekayaan pemikiran dalam Islam.
Ibnu Qutaybah lahir di Kufah, Irak, sekitar 828 Masehi. Ajal mendatanginya pada 889 Masehi. Ayahnya berasal dari Merv, yang dikenali sebagai salah satu pusat ilmu di dunia Islam. Setelah belajar tentang tradisi dan filologi atau ilmu tentang kata dan bahasa, ia menjadi hakim di Dinawar.
Tak berapa lama kemudian, Ibnu Qutaybah lebih memilih sebagai seorang penyebar ilmu. Beliau mengajar di sejumlah tempat di Baghdad. Selain itu, Beliau menuliskan pemikiran-pemikirannya dalam sejumlah karya. Bahkan, beberapa karyanya dianggap sangat bernilai dan menjadi rujukan banyak orang.
Dalam kajian sejarah, Ibnu Qutaybah menghasilkan satu karya terkenal dengan tajuk Kitab al-Maa’rif. Pada abad ke-19, seorang ilmuwan bernama F Winstenfeld menyunting buku tersebut dan memberi tajuk Buku Pegangan Sejarah pada buku yang ditulis Ibnu Qutaybah itu.
Laman Muslimheritage menyebutkan, buku ini merupakan salah satu buku paling tua mengenai sejarah Arab. Ini tak menghairankan sebab dalam bukunya itu, Ibnu Qutaybah menghuraikan tentang sejarah Arab pra-Islam dan perkembangan mereka pada masa Islam. (republika.co.id)
Recent Comments