Misi bantuan Covid 19 anjuran Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW) kini berada di Kelantan. OMIW mula bergerak di kawasan Kampung Kandis, Bachok dan kemudian akan menyusur ke Kampung Gong Kedak, Pasir Puteh Kelantan. Tuan Haji Mohd Shauki Abdul Majid yang juga Pengarah Media Dan Komunikasi OMIW telah mengetuai misi kali ini.

Selain itu, menurut Pengerusi OMIW Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir bantuan dibuat untuk meringankan kesusahan yang dialami oleh mereka yang terjejas pendapatan dan keperluan asas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk keperluan harian seprti beras, minyak dan lain-lain lagi

Translate »