SETIAP manusia bahkan setiap makhluk yang melata di muka bumi ini pasti diberi rezeki oleh Allah SWT sepertimana janji-Nya dalam Surah Hud ayat 6 yang bermaksud: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
Tetapi, tidak dinafikan, ada kalanya rezeki seakan berat dan jauh dari kita walaupun segala usaha sudah dibuat misalnya masih lagi tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan yang diperoleh. Mungkin tanpa kita sedar, sebenarnya itu adalah tanda yang ditunjukkan oleh Allah kerana kita selalu melakukan sepuluh dosa ini tanpa benar-benar berusaha untuk bertaubat.
Sepuluh dosa yang menghalang rezeki ialah:
Syirik dan menyekutukan Allah SWT
Meninggalkan atau melalaikan solat lima waktu
Berzina
Derhaka kepada kedua ibu bapa
Memakan wang haram
Berjudi
Meminum arak
Memutuskan tali silaturahim
Suka mengumpat
Kedekut
Recent Comments