Program ini merupakan satu usaha untuk memberi peluang kepada kakitangan OMIW untuk menzahirkan penghayatan kemahiran insaniah berbentuk kerja-kerja kebajikan kepada pihak yang terbabit. Program ini bertujuan dan bermatlamat untuk merealisasikan gagasan Rahmatan Lil Alamin oleh kerajaan dengan menyantuni golongan OKU yang memerlukan bantuan. Disamping untuk memupuk rasa keperihatinan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara OMIW dengan masyarakat luar khususnya kepada masyarakat yang memerlukan pertolongan.

Program ini juga merupakan satu pendedahan dan kesedaran kepada kakitangan OMIW tentang
tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Dua orang kakitangan OMIW dengan diketuai Pengerusi OMIW sendiri Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir serta beberapa sukarelewan telah turun padang untuk membantu mereka yang memerlukan di beberapa tempat di Kelantan iaitu Pengkalan Kubor, Tumpat dan Pasir Putih.

Dan yang lebih penting untuk masa yang akan datang, diharapkan program yang kami lakukan ini dapat juga direalisasikan oleh mana-mana NGO Islam di negara kita dengan memberikan pertolongan sewajarnya kepada masyarakat di negara kita dan jangan kita jadi seperti pepatah Melayu “kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. JANGAN BIARKAN MEREKA LAPAR.

Translate »